BAB
10
Cahaya matahari kian menerik. Rasa tidak selesa dan
panas memaksa untuk Harris bangkit dari katil. Mukanya pucat tidak bermaya.
Masuk entah kali ke berapa Harris berlari ke bilik air untuk mengeluarkan isi
perutnya. Hilang seketika rasa mualnya. Tekaknya terasa perit kerana
memuntahkan cecair yang tidak mengandungi sebarang bentuk pepejal.
Memang sejak semalam dia langsung tidak makan. Rasa
sakit kepalanya memaksa dia untuk tidur awal. Panadol yang diberi oleh ibunya
pun tidak memberi kesan kepadanya. Harris tersandar di bangku meja dapur.
Puan
Saidah yang sedang membasuh pinggan di sinki cepat – cepat menyudahkan
bilasannya. Risau melihat keadaan Harris yang tenat. Tidak pernah anaknya demam
sebegitu teruk seumur hidupnya.
“Mama
nak bawak ke klinik Harris tak mahu. Ni tengok makin teruk demam tu. Abah balik
kerja nanti kita pergi klinik.” Gelas berisi air kosong disuakan kepada Harris.
Harris tidak menjawab, hanya menyambut huluran gelas itu daripada ibunya.
Perlahan – lahan air kosong itu diteguk, terasa lega sedikit tekaknya yang
perit dan berbaur masam tadi.
“Tak
ada apa la ma, mungkin sebab Harris tertelan air sungai semalam masa selamatkan
Irina…”
“Irina?
Siapa Irina tu?” dahi Puan Saidah berkerut.
“Cucu Tok Karim
la mama.” Lemah sahaja suara Harris menjawab.
“Ohh…
mama tak ingat nama cucu dia tu. Cantik tak orangnya? Anak mama ni dah jadi
hero dia semalam sampai jatuh sakit. Mesti ada peluang nak tackle kan?” sengaja Puan Saidah mengusik anak bujangnya itu.
“Ish
mama ni…dah ada yang cop la mama. Melepas la mama nak berbesan dengan Nek Jah
tu…” Harris menyengih.
“Jangan nak merepek. Sudah, mama dah siapkan bubur.
Makan dulu. Perut kosong sebab tu muntah air je. Asid perut dah bagi warning tu…” Puan Saidah
berseloroh.
“Aik,
mama dah jadi doktor pulak? Macam tu malas la Harris nak ke klinik, Mama boleh
periksa Harris kan?” Harris mengusik ibunya. Bubur yang dihidang oleh ibunya
dijamah. Perutnya memang sudah berkeroncong minta diisi.
“Ada
– ada je kamu ni. Tadi Aizat telefon,
Tanya pasal kamu. Mama bagitau dia Harris demam. Petang nanti dia nak datang
katanya.”
Harris
mengangguk perlahan. Terlupa mahu memberitahu
rakan karibnya itu. Sesudah saja dia menghabiskan makanannya, Harris
mencuci mangkuk kotornya walaupun dia mempunyai alas an untuk bermanja dengan
ibunya. Sudah terbiasa dididik dengan disiplin oleh bapanya, menjadikan Harris
seorang yang bertanggungjawab dan ringan tulang.
Selesai
mencuci mangkuk, Harris berbaring pula di atas sofa ruang tamu. Sekadar
merehatkan badannya yang masih lemah. Matanya dipejam. Kejadian semalam bermain
– main di kotak fikirannya. Apabila dia membayangi wajah mulus milik Irina,
hatinya seolah – olah terusik sesuatu. Keayuan dan sifat lemah dalam diri Irina
selama ini terserlah ketika dia menyelamatkan gadis itu semalam.
Ketakutan dan keletihan yang dialami oleh gadis itu
selepas diselamatkan oleh Harris menyebabkan Irina langsung tidak mahu membuka
mata. Pelukannya pada Harris semakin kejap membuatkan Harris tersentak. Gadis
itu tidak berhenti – henti menangis di dalam pelukannya. Samada dia tidak sedar
atau mahu menghilangkan ketakutannya. Langsung tidak dipedulinya siapakah yang
dipeluknya ketika itu. Harris yang terkedu dengan perbuatan spontan Irina tidak
bergerak. Hanya membiarkan saja gadis itu meredakan perasaannya. Namun tangisan
itu tidak lama kerana akhirnya Irina tidak sedarkan diri di dalam pelukan
Harris…
No comments:
Post a Comment