BAB
7
18 tahun yang lalu di
Kampung Dusun Setia, Mersing…
Maria Clara Stephen, wajah gadis yang berasal dari
Amerika itu kemerah-merahan menahan rasa pedas makanan yang dihidang oleh
Zulaikha. Zulaikha hanya tersenyum-senyum melihat gelagat rakan sekolejnya itu.
Maria menjeling.
“Ika,
you tease me!” Maria menyepak kaki Zulaikha apabila melihat rakannya menutup
mulut. Pecah berderai ketawa Zulaikha yang ditahannya dari tadi.
“How
is it? Nice right?” Zulaikha menghulurkan segelas air putih kepada Maria.
Tawanya
masih bersisa. Kasihan melihat Maria yang sedang mengipas-ngipas lidahnya.
Ambik kau, tadi nak sangat merengek kat aku nak rasa sambal belacan ni! Dah
bagitau pedas tapi tak mahu dengar… degil betul minah salleh sorang ni!
“It’s
too spice! I don’t dare to eat it again…”
Tidak
cukup segelas, Maria mencapai jag berisi air putih dan menuang ke dalam
gelasnya. Lidah Melayu jangan di samakan dengan lidah orang putih, sambal
belacan yang tak berapa nak pedas pun boleh buat mereka berapi!
Encik
Bakar dan Puan Hamidah yang baru pulang dari solat Maghrib dan Isyak berjemaah
di surau muncul di muka pintu dapur. Zulaikha dan Maria masih berada di meja
makan. Melihat wajah Maria yang berpeluh dan kemerah-merahan membuatkan mereka
sedikit hairan.
“Zu,
kenapa dengan Maria tu muka merah padam sampai macam tu sekali? Zu bagi Maria
makan apa?” Puan Hamidah memandang serius melihat anak perempuan tunggalnya
yang masih bersisa tawanya.
“Sambal
belacan…” ujar Zulaikha sambil tersengih.
Encik Bakar yang mendengarnya hanya menggelengkan
kepala. Nakal tak bertempat!
“Yang
kamu bagi makan sambal belacan dekat kawan kamu tu kenapa? Hai budak ni… kesian
mak tengok. Kan pedas sambal yang mak buat tu.”
Puan
Hamidah cepat-cepat menanggalkan telekung dan meletakkannya di kerusi dapur.
Segera dia membancuhkan segelas air asam jawa untuk Maria.
“Zu
dah larang dia nak rasa jugak, Zu bagi la…”
“Zu,
suruh Maria minum air asam jawa ni. Kurang sikit rasa pedas tu.”
Zulaikha
hanya menurut. Gelas yang dihulur oleh Puan Hamidah disambut. “Maria. Drink this. It works to
retreat the spice feeling.”
Maria
mengambil gelas berisi air asam jawa tersebut daripada Zulaikha dan meneguknya.
Rasa masam manis yang mengalir melalui kerongkongnya membuatkan Maria sedikit
lega.
“Kurang dah rasa pedas tu, Maria?” Maria
mengangguk.
Mujur
Maria mengambil kursus Bahasa Melayu semasa pengajiannya di University of
Connecticut, Stamford sebelum mengikuti program pertukaran pelajar. Jika tidak
terpaksalah Zulaikha menjadi jurubahasanya sepanjang tempoh dia berada di
Malaysia.
Cuti
semester yang baru bermula tiga hari yang lalu memberi peluang kepada Maria
untuk mengikut Zulaikha pulang ke kampung halamannya. Kedamaian hidup di
kampung dan pelbagai budaya masyarakat Melayu yang unik seperti yang
diceritakan oleh Zulaikha begitu mengujakan pendatang luar sepertinya.
Perwatakan
ayu dan sopan Zulaikha menarik minat Maria untuk mendekati gadis itu sewaktu
pertama kali bersua muka dengannya. Kebetulan, Maria duduk di sebelah Zulaikha
semasa pertama kali menghadiri kuliah sebagai pelajar pertukaran.
Salam
perkenalan yang dihulur oleh Maria disambut mesra oleh Zulaikha. Pertemuan
antara dua gadis berlainan benua itu telah melahirkan suatu ikatan silaturrahim
yang amat erat. Itulah satu-satunya sahabat baik Maria sepanjang dia menjadi
pelajar di kolej itu.
Nasib
Maria begitu baik apabila permohonannya untuk tinggal sebilik dengan Zulaikha
sepanjang tempoh pengajiannya di Malaysia diluluskan oleh pihak pentadbiran
asrama memandangkan terdapat kekosongan di dalam bilik Zulaikha menyewa. Maria
lega kerana nasib menyebelahinya.
Encik
Bakar sudah lama menghilangkan diri di ruang tamu. Sekadar merehatkan diri
sebelum masuk tidur. Puan Hamidah pula menyudahkan tugas mengemas dapur.
Zulaikha turut membantu ibunya mencuci pinggan kotor di dalam sinki. Maria
ingin membantu, tetapi ditegah oleh Zulaikha. Sudahnya, Maria duduk melanguk di
meja makan sahaja.
Kemesraan
yang dipamerkan oleh kedua-dua beranak itu mengingatkan Maria pada keluarganya
di Stamford. Ada rasa rindu yang menggamit kalbu Maria saat itu, namun
dipendamkan sahaja.
Sebaik
sahaja tugas di dapur selesai, Puan Hamidah masuk ke bilik tidurnya. Begitu juga Zulaikha dan Maria. Menyedari
dirinya yang belum bersolat, Zulaikha lantas ke bilik air untuk berwuduk.
Sesudah
itu, Zulaikha masuk semula ke dalam biliknya. Telekung yang disangkut di
penyidai dicapai dan disarungkan di kepala. Tikar sejadah pula di bentang di
lantai menghadap kiblat. Dengan penuh khusyuk dan tawaduk, Zulaikha mengerjakan
solat Isyak sebagai tanda pengabdian diri pada Yang Maha Esa.
Maria
yang duduk bersandar di kepala katil memerhatikan sahaja Zulaikha yang sedang
bersolat. Walaupun dia tidak memahami sepenuhnya tujuan ritual itu dilakukan,
Maria tidak terasa terganggu lebih-lebih lagi apabila mendengar ayat-ayat suci
yang dialunkan oleh Zulaikha sebelum ini. Hatinya berasa tenang apabila
mendengarnya.
Sepanjang
tinggal sebilik bersama Zulaikha, Maria banyak belajar tentang Islam. Zulaikha
pula tidak pernah bosan melayan karenah Maria yang banyak bertanya. Baginya,
itulah caranya untuk dia berdakwah iaitu dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran
Islam dan menjadi contoh wanita muslimah.
“
Laa… tak tidur lagi?” Sapa Zulaikha yang baru sahaja selesai bersolat.
Maria
menggeleng. Dari posisi duduk, Maria meniarap pula.
“Ika,
can I ask something?”
“Yup.
Sure…tanyalah.”
“Tuhan itu
wujud?”
Zulaikha
tersenyum mendengar soalan Maria. Gadis beragama Kristian Katolik itu masih
menanti jawapan daripada Zulaikha.
“Maria
percaya?”
Maria
tidak menjawab. Zulaikha yang masih bertelekung duduk di tepi katil,
menghampiri Maria.
“Allah
itu wujud walaupun kita tidak dapat melihat. Semuanya terletak pada iman. Iman
pula diperolehi dengan adanya kepercayaan.”
“Bagaimana
mahu percaya? Terus terang saya katakan, walaupun saya selalu ikut papa ke
gereja tapi saya tidak faham mengapa. Papa katakan untuk berdoa pada Tuhan.
Tapi saya tidak dapat rasakan kehadiran Tuhan itu.”
“Bila
hati yakin dengan kewujudanNya, kita akan rasakan Dia sentiasa di sisi kita
Maria. Sama seperti wujudnya udara di sekeliling kita. Bagaimana kita percaya
ia wujud walaupun tidak nampak sifatnya?”
Dahi
Maria berkerut-kerut. Memikirkan kelogikan kata-kata Zulaikha.
“Habis,
adakah Tuhan kita sama?”
“Allah
hanya satu Maria. Dialah yang Maha Esa.”
Zulaikha
sedar, keinginan Maria untuk mengenal Allah itu sudah mula berputik dalam
jiwanya. Zulaikha gembira apabila melihat Maria yang suka bertanya tentang
Allah. Dalam hatinya dia berdoa agar Allah memberikan Nur kepada Maria.
Maria
diam. Jika boleh, banyak lagi persoalan tentang Tuhan yang ingin ditanyakan.
Semenjak dulu lagi, hatinya ragu-ragu dengan amalan yang sering dilakukan
mereka sekeluarga.
Lahir
di dalam sebuah keluarga yang kuat berpegang pada agama Kristian Katolik, dia
hanya mengikut ritual yang diamalkan oleh keluarga mereka sejak nenek moyang
mereka lagi.
Pernah dia bertanya pada neneknya tentang keraguannya
berkaitan Tuhan yang mereka sembah, namun persoalan itu tidak dijawab malah dia
dimarahi oleh neneknya. Penyudahnya, Maria jarang ke gereja apabila sudah
memasuki kolej.
“Maria
tidurlah. Malam semakin lewat. Ika mahu mengaji sekejap.” Ujar Zulaikha.
Maria
mengangguk, lantas dia menarik selimut menutupi tubuhnya. Dia sudah terbiasa
dengan rutin rakannya itu. Zulaikha akan mengaji sebentar sebelum masuk tidur.
Sayup-sayup suara merdu Zulaikha mengalunkan ayat-ayat al-Quran pada malam itu
menyenyakkan lagi tidur Maria yang sedari tadi sudahpun terlena di buai mimpi.
No comments:
Post a Comment