Thursday, September 20, 2012

Novel bersiri: Takdirku Hanyalah Untukmu (Bab 14)

BAB 14

Seusai bersolat Subuh, Johan turun ke dapur melihat Nek Jah yang sedang menyiapkan sarapan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi meja makan sambil leka memerhatikan ibunya memasak. Nek Jah yang melihat Johan awal – awal pagi lagi sudah ke dapur hairan melihat tingkah anaknya itu.
            “Hai Johan, awal pagi lagi kamu dah ke dapur? Mak pun belum siapkan sarapan ni.”
            Selesai menggoreng nasi, api dapur dipadamkan. Nasi goreng di dalam kuali dipindahkan ke dalam mangkuk kaca, kemudian ditatang ke meja makan.
            “Irina dah ke sekolah mak?”
            “Belum. Ada lagi tu dalam bilik tengah bersiap.”
            Sesudah itu, Nek Jah membancuh air teh pula. Johan membantu ibunya mengambil pinggan makan. Niatnya pagi itu ingin menghantar Irina ke sekolah. Mungkin dengan cara itu dia dapat meredakan rajuk anaknya itu.
            Tok Karim yang baru sahaja pulang dari surau memberi salam. Johan dan Nek Jah menjawab perlahan. Melihat Johan yang berada di meja makan, Tok Karim turut menyertai Johan.
            “Pagi lagi kamu dah ke dapur, Johan? Biasanya lepas Subuh kamu tidur balik.” Sela Tok Karim. Diambilnya cawan dari dulang, kemudian air teh di dalam teko yang dihidangkan oleh Nek Jah dituang di dalam cawan tadi.
            “Saja ayah. Lama dah tak hirup udara segar kampung macam ni. Selalunya, bagun pagi je dah berkejar – kejar ke ofis.” Jawab Johan ringkas.
            Tok Karim menyisip sedikit air teh yang dibiarkan  suam di dalam cawan tadi. Kemudian, cawan itu diletakkan semula di dalam  piring. Terbatuk – batuk orang tua itu disebabkan air teh yang masih panas.
            “Itulah kamu, terlalu asyik dengan kerja kamu. Sampai nak balik kampung pun susah benar.”
            “Dah tanggungjawab kerja ayah. Sekarang ni projek di syarikat tu sedang mencacak naik. Banyak pula tender yang perlu saya uruskan. Bila sudah ditukarkan di cawangan luar negeri, makin bertambah pula kerjanya.”
            Tok Karim mengangguk – angguk. Walaupun dia tidak tahu  skop kerja Johan, dia tahu anaknya itu memegang amanah yang besar di syarikat tempat dia bekerja. Jika tidak masakan begitu payah anaknya itu mahu meninggalkan kerjanya. Jikalau isterinya tidak mengkhabarkan Irina jatuh sakit, rasanya anaknya itu entah bila dapat menjenguk mereka anak – beranak di kampung.
            Irina yang sudah siap lengkap berpakaian seragam sekolah melangkah ke dapur. Tidak diduganya bapanya juga turut menyertai Tok Karim bersarapan. Jika tidak dipanggil Nek Jah, mahu saja dia terus ke sekolah tanpa bersarapan. Tetapi demi hormat kepada orang tua, dia menurut. Mahu atau tidak, dia terpaksa duduk semeja bersarapan dengan bapanya.
            Ketika bersarapan, Irina langsung tidak bersuara. Malas mahu berbaik – baik dengan bapanya. Entah mengapa, emosinya melebih – lebih pula kali ini. Jika difikirkan balik, bapanya tidak patut dipersalahkan seratus – peratus. Tetapi demi menjaga ego, dikeraskan juga hatinya. Johan yang melihat Irina membisu, cuba menegur. Tok Karim dan Nek Jah tidak mahu masuk campur, sekadar memberi peluang kepada kedua beranak itu berbaik semula.
            “Areen, nanti papa hantar ke sekolah ya?”
            Irina diam. Tidak menjawab. Nasi goreng yang berbaki di dalam pinggannya cepat – cepat dihabiskan. Air teh di dalam cawannya turut dihabiskan. Malas mahu berlama – lama berhadapan dengan bapanya. Selesai sahaja, Irina bangkit dari kerusi. Pinggan dan cawan kotor dibawa ke sinki untuk dibasuh. Johan cuma memerhatikan tindak tanduk anaknya. Irina pada luaran sahaja nampak lembut, tetapi hatinya sekeras besi waja.
            “Johan, ambil kunci kereta ayah ni. Nanti kamu hantar Areen ke sekolah. Areen, jangan  nak bantah cakap Tok Wan, kamu tu bukan sihat sangat nak kayuh basikal ke sekolah. Biar papa kamu hantar.” Tok Karim menyerah kunci keretanya kepada Johan. Bulat mata Irina mendengar arahan daripada Tok Karim.
            “Tapi Tok Wan…”
            “Jangan bantah, nanti kalau jadi apa – apa tengah jalan, siapa yang susah? Dengar cakap Tok Wan. Biar papa kamu  je yang hantar.” Tok Karim memotong kata – kata Irina. Irina merengus. Kata – kata Tok Wan memang sukar dibantah. Walaupun dia keras kepala, tetapi bila berhadapan dengan Tok Karim dia akan menurut. Bukan kerana takut tetapi kerana perasaan hormatnya kepada orang tua itu.
            Mahu atau tidak, Irina mengalah. Dituruti permintaan Tok Karim untuk kali ini. Berat langkahnya menuju ke kereta. Johan sudah pun keluar menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu. Entah apa mimpi papa pagi – pagi ni nak hantar aku ke sekolah! Irina membebel sendirian.
            Selepas meletak beg galasnya di tempat duduk belakang, Irina melabuhkan dirinya di tempat duduk hadapan. Pintu kereta ditutup kemas. Wajahnya sengaja dimasamkan. Johan yang melihat reaksi Irina hanya membiarkan saja tingkah anaknya itu. Nak protes la tu! Johan tersenyum sendiri. Mujur Irina tidak melihat. Pandangannya dibuang ke arah luar tingkap.
            Dalam perjalanan ke sekolah, kedua – dua beranak itu membisu. Radio juga tidak dihidupkan. Hanya bunyi deruman enjin kereta sahaja sebagai pemecah suasana. Sengaja kerana Johan cuba mengambil peluang itu untuk berbual dengan Irina.
            “Areen seronok sekolah dekat kampung?” Johan cuba memancing perhatian anaknya.
            “Boleh la…” jawab Irina ringkas.
            Mujur dia nak bersuara! Getus Johan di dalam hati.
            “Areen bila ambil SPM?”
            “Lagi tiga bulan.”
Pandangan Irina masih tidak beralih. Entah apa yang menarik perhatiannya di luar sana pun dia tidak tahu. 
“Lepas SPM kalau Areen nak sambung belajar dekat Australia papa boleh uruskan. Lagi bagus sebab dekat dengan papa.” Sebenarnya itulah niatnya pulang ke kampung. Ingin memujuk Irina mengikutnya ke luar negara. Dia tidak mahu berjauhan dengan anak tunggalnya itu. Cukuplah dahulu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa, Kali ini dia ingin menebusnya kembali.
            Irina diam. Tiada jawapan yang diberi daripada mulut gadis itu. Mungkin terkejut atau sedang memikirkan pelawaan bapanya. Johan tidak mahu mendesak Irina memberikan kata putus sekarang. Baginya, dia hanya mahukan gadis itu berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya sendiri.
            “Papa tahu Areen masih marahkan papa… papa minta maaf. Tapi papa nak Areen tahu, papa sayangkan Areen.”  Irina masih juga membisu. Melihat Irina begitu, Johan menyambung kembali kata – katanya.
            “Papa tak mahu ungkit kisah lama. Jodoh mama dengan papa setakat itu sahaja. Itu semua takdir…” Johan menarik nafas panjang.
            “Mama bukan ibu kandung Areen kan?” Jawapan Irina membuatkan Johan terkesima. Irina memandang tajam mata bapanya untuk meminta kepastian. Johan menghela nafasnya kembali. Sudah agak persoalan itu pasti timbul dari mulut Irina.
Belum sempat Johan mahu menerangkan perkara sebenar, mereka telah tiba di hadapan sekolah. Masa yang singkat ini tidak sesuai sekiranya perkara itu dibincangkan. Johan tidak mahu emosi anaknya terganggu dengan jawapannya.
            “Areen, kita bincang lain kali ok? Sekarang ni papa nak Areen tumpukan dengan pelajaran dulu. Balik nanti kita bincang lagi.”
            “Areen tak faham kenapa semua orang nak berahsia dengan Areen. Areen tak berhak tau ke apa yang berlaku sebenarnya? Ke Areen ni bukan anak papa jugak?”
Berdesing telinga Johan apabila Irina berkata begitu. Entah apa yang merasuk fikiran anaknya ketika itu sehingga sanggup mengeluarkan kata – kata yang tidak berasas.
            “Irina, stop it! You are my daughter! Kenapa cakap macam tu? Balik nanti kita bincang. Now, get your bag. Balik nanti papa jemput.” Johan mengawal suaranya supaya kelihatan tenang. Irina mendengus.
            Lekas saja Irina keluar dari perut kereta itu. Sengaja dia menutup pintu kereta dengan kuat setelah dia mengambil beg galasnya di tempat duduk belakang. Laju langkah Irina meninggalkannya tanpa sempat bersalaman. Johan menggeleng kepala melihat perangai Irina yang cepat naik angin. Selalu sahaja bertindak mengikut emosi jika ada perkara yang dia tidak berpuas hati. Hilang saja Irina daripada pandangan, Johan menukar gear kereta dan beransur pergi dari sekolah itu.

Sebaik melangkah kaki di dalam kelas, Irina meletakkan begnya di atas meja. Kasar sahaja perbuatannya itu. Hatinya masih panas dengan bapanya. Nafasnya ditarik dalam – dalam. Sedaya upaya dia cuba bertenang. Dia tidak mahu mencampur adukkan soal sekolah dan masalah peribadinya.
            Harris yang perasan dengan kelakuan Irina tadi cuma memerhati. Laila yang berada di sebelah Harris tidak putus – putus bercerita itu dan  ini. Dia tidak sedar kerlingan Harris pada Irina. Bunyi deringan loceng sekolah membuatkan Laila berhenti sejenak. Melihat Harris yang sudah hilang tumpuan, dia membentak.
            “Harris! Eh, dengar ke tidak ni? Penat je la Ila cerita…” bibirnya sengaja dimuncungkan.
            “Cik Laila, udah – udah la tu. Dah nak masuk waktu belajar ni… dah pegi duduk kat tempat kau. Irina pun dah sampai tu.” Ikutkan hati malas dia mahu mendengar cerita – cerita Laila. Gadis itu suka bertempek di sisinya. Rimas pula dia jadinya. Namun perasaan itu tidak diluah demi menjaga hati Laila.
            “Yela… yela…”
            Lega rasanya apabila Laila kembali semula ke tempat duduknya. Bukan dia tidak tahu sebenarnya Laila cuba mencuri perhatiannya. Sikap mesra semula jadinya pula menambah peluang Laila untuk terus mendekatinya. Mahu mengelak, mereka sekelas. Hai, nasib… nasib.
            Aizat dan Jais pula baru muncul di dalam kelas. Waktu pembelajaran sudah setengah jam bermula. Cikgu Faris, guru subjek Matematik Tambahan memulangkan semula kertas peperiksaan percubaan yang berlangsung dua minggu lepas. Melihat kelibat kedua – dua murid tersebut, Cikgu Faris membenarkan mereka masuk.
Pagi – pagi lagi dia dan Jais sudah dipanggil dengan Cikgu Delila ke bilik guru. Mungkin mahu membincangkan kem motivasi yang bakal diadakan pada hujung minggu ini. Aizat dan Jais pula menjadi wakil kelas bagi program tersebut, sebab itulah Aizat bertambah sibuk sekarang dan jarang berada di kelas jika ada waktu senggang.   
            Aizat melabuhkan diri di tempat duduknya. Buku catatannya yang dibawa tadi disimpan di dalam beg. Kemudian, Aizat mencapai kertas periksanya yang diletakkan oleh Harris di atas mejanya. Dibelek – beleknya kertas tersebut. Markah yang diperolehi sedikit melegakannya. Harris yang disebelahnya dipandang.
            “Kau dapat berapa?”
Harris menyengih. Kemudian ditayangkannya markah yang tercatit di atas kertas periksanya kepada Aizat.  
            “Terer gak kau ni. Nasib aku menang…” Aizat menepuk bahu Harris. Harris mencebik mendengar pengakuan Aizat.
            “Eleh, kau siang malam menghadap buku je memang la result gempak. Nak banding dengan aku yang jarang – jarang menghadap buku memang la tak boleh lawan. Cuba aku jadi macam kau si ulat buku, confirm result aku lagi gempak dari kau tau.” Harris tidak mahu mengalah. Hakikatnya, kedua – dua mereka sememangnya pelajar pintar di kelas tersebut. Cumanya, Harris yang tidak berapa serius dengan pelajaran dan sentiasa sibuk dengan sukan menyebabkan keputusan peperiksaan percubaannya tidak sehebat Aizat. Aizat menjongket bahu. Sempat dia mengerling Irina yang khusyuk melihat Cikgu Faris yang sedang membincangkan jawapan bagi kertas peperiksaan percubaan yang sudah mereka perolehi markahnya.
            “Tak nak tanya cik buah hati kau tu ke?” Harris mengusik.
            Berubah air muka Aizat ketika itu. Dicubanya untuk tidak menunjukkan reaksi di depan Harris. Kertas kosong dikeluarkan untuk menyalin jawapan yang ditulis oleh salah seorang rakan sekelasnya di papan hijau. Sedar dirinya sudah ketinggalan jauh. Ini semua gara – gara Harris yang mengacaunya.
Harris yang kebosanan tidak tahu mahu membuat apa. Malas mahu menyalin. Lebih baik dia menyemak sendiri di rumah. Jika dia menyalin bulat – bulat, akibatnya dia tidak akan menyemak balik kertas peperiksaannya. Melihat Aizat yang khusyuk menyalin, perhatiannya dikalih kehadapan. Cepat sahaja matanya menangkap wajah Irina yang sedang memberikan tumpuan pada guru yang mengajar. Lama gadis itu diperhatikan. Hatinya terasa lain macam. Eh dah kenapa aku ni?!     


Setelah membayar harga makanan, Irina dan Laila menatang dulang makanan mereka ke tempat duduk yang disediakan. Suasana hiruk pikuk di kantin membingitkan telinga Irina. Agak rimas dengan suasana begitu. Mata mereka melilau – lilau mencari tempat duduk kosong.
            “Irina! Meja kat sana tu kosong la. Jom!” Tidak menunggu lama, laju saja langkah Laila ke meja sekumpulan lelaki yang sedang leka berborak. Tidak sempat Irina membantah. Langkahnya dilajukan supaya tidak ketinggalan jauh daripada Laila. Kebetulan, sekumpulan lelaki di meja itu adalah rakan – rakan sekelas mereka, termasuk Harris dan Aizat. Laila yang sememangnya selamba itu terus duduk di ruang kosong bersebelahan dengan Harris. Harris yang leka berbual terkejut apabila Laila dengan tiba – tiba duduk di sebelahnya. Rakan – rakan lelaki yang lain juga turut memerhati. Tahu dengan sikap selamba Laila, mereka membiarkan sahaja. Apatah lagi Laila membawa Irina bersama.
            “Kenapa? Tumpang meja ya korang. Meja lain penuh.” Tingkah Laila. Laila yang melihat Irina teragak – agak untuk duduk di situ cepat saja menyuruhnya duduk. Kebetulan, bersebelahan dengan Aizat. Muka Irina sudah merah menahan malu.
            “Sori guys…” Irina sedikit rasa bersalah mengganggu rakan – rakan lelakinya yang rancak berborak sebelum mereka duduk di situ. Perbualan mereka terhenti apabila Laila dan Irina datang. Namun, dia tiada pilihan. Masa rehat yang agak singkat membataskan Irina mencari meja yang lain.
            “Eh, tak apa. Korang makan je. Tak ganggu kitorang pun.” Naim, salah seorang daripada kumpulan tersebut menjawab. Irina tersenyum. Tidak menunggu lama, mee hoon sup yang dibelinya tadi dijamah. Laila pula lebih banyak bercakap daripada menjamah bebola daging dan ikan yang dibelinya. Dibiarkan sahaja Laila yang menyampuk rakan – rakannya bercakap.
            Irina teringat insiden tiga hari yang lepas. Terlupa mahu mengucapkan terima kasih kepada Aizat dan Harris yang menyelamatkannya. Sejak insiden itu, Harris juga kurang mengusiknya. Pelik namun dia lega. Sedikit sebanyak perasaan menyampahnya pada Harris hilang apatah lagi apabila Harris pernah menyelamatkannya. Aizat yang berada di sebelahnya mendebarkannya. Irina mencari masa sesuai untuk menegur Aizat.
            “Er… Aizat.”
Sebaik mendengar suara Irina menyebut namanya, perhatian Aizat segera beralih kepada Irina. Padahal sememangnya dia mencuri pandang gadis itu dari tadi. Tetapi kelibat Laila dan rakan – rakannya di situ membataskannya.
            “Terima kasih pasal insiden hari tu…” Pandangannya beralih pula pada Harris.  
            “Harris pun. Terima kasih.” Perlahan sahaja suaranya ketika menyambung bicara. Harris yang mendengar namanya disebut tersenyum di dalam hati. Dia berpura – pura tidak dengar. Aizat pula mengangguk – angguk.
            “Kebetulan Irina kitorang nak pergi memancing dekat sana. Ada hikmah rupanya.” Aizat membalas.
            Laila yang mendengar perbualan Aizat dan Irina tercengang. Tidak diketahuinya mengenai “insiden” yang disebut oleh Irina sebentar tadi.
            “Insiden apa ni?” Laila menyampuk. Harris yang mencuri dengar perbualan mereka tadi segera menjawab.
            “Irina jatuh sungai la kelmarin.” Suara Harris separuh berbisik. Tidak mahu rakan – rakan yang lain mendengarnya. Melihat Irina, dia dapat mengagak gadis itu tidak mahu menghebohkan insiden tersebut. Laila mengangguk tanda faham. Tetapi beberapa saat kemudian, matanya mencerlung memandang Irina.
            “Hah? Jatuh sungai? Asal tak bagitau aku, Irina?” Nada suara Laila bertukar cemas. Suaranya agak kuat. Disangkanya Irina demam biasa – biasa sahaja. Tidak diketahui puncanya. Irina tidak berkata apa – apa. Matanya membulat mendengar suara Laila yang nyaring. Tangannya lekas menarik lengan Laila dari situ. Rakan – rakan yang lain memandang hairan melihat Irina menarik Laila secara tiba – tiba. Mujur mereka tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Laila sebentar tadi.

            Irina menarik Laila balik ke kelas. Di dalam perjalanan ke kelas, mulut Laila tidak berhenti menyoal Irina tentang insiden itu.
            “Eh Irina, macamana budak berdua tu boleh tau kau jatuh sungai?”
            “Diorang yang selamatkan aku…”
            “Aizat dengan Harris selamatkan kau? Kau pernah keluar dengan diorang tu ke?” Laila bersikap serkap jarang. Jika Aizat sahaja tidak mengapa tetapi dia lebih senang jika Harris tidak terlibat sekali. Laila sudah tidak senang hati, apatah lagi dia dapat merasakan Harris juga seperti berminat dengan Irina.
            “La… mana aku tahu cik Laila oi… aku pengsan masa diorang selamatkan aku. Itupun aku dapat tahu daripada Tok. Kalau tak aku pun tak tahu siapa yang selamatkan aku masa tu. Dan aku tak pernah keluar dengan diorang walaupun kami sekampung. Please lah… Sudah lah. Aku malas nak cerita pasal hal tu lagi.” Irina agak rimas di soal seperti itu oleh Laila. Sikap Laila yang suka menjaga tepi kain orang kadang kala amat merimaskannya.
            Laila senyap apabila Irina sudah berkata begitu. Dia tahu Irina tidak suka disoal berlebih – lebihan apabila berkaitan hal peribadi. Rakannya itu sedikit pelik. Tidak pernah mahu bercerita atau meluahkan hal peribadi kepada sesiapa sahaja walaupun dengan Laila, rakan baiknya sendiri. Hendak mengatakan Irina sombong, dia peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja cumanya dia tidak suka mengambil tahu hal – hal peribadi orang lain.
            Dalam diam, Laila rasa tercabar dengan ketenangan dan kecantikan Irina. Menjadi pujaan ramai pelajar lelaki sudah semestinya. Sentiasa menjadi kebanggaan guru – guru, Laila berasa iri hati kerana suatu ketika dahulu sebelum kedatangan Irina dialah orangnya yang sering disebut – sebut!   

Novel bersiri: Takdirku Hanyalah Untukmu (Bab 13)


BAB 13

Kampung Dusun Setia, Mersing…tahun 1986.

Matahari yang kian menerik memaksa dirinya untuk berhenti seketika. Beg pakaian yang sarat dengan barang – barang itu melelahkannya. Johan mengesat peluh yang kian merinik di dahi. Jika bas tambang yang dinaikinya tadi tidak pancit sudah tentu dia tidak perlu menapak sejauh ini!
            Tamat sahaja peperiksaan semester akhir, hatinya mendesak – desak ingin pulang ke kampung. Entah mengapa, dia juga tidak tahu. Yang pasti, rindunya pada kampung halaman tidak dapat dibendung lagi.
            Sebelum tamat semester lagi, Johan telah merencanakan  masa depannya. Dia telah dipanggil menghadiri temuduga oleh sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Sebagai seorang pelajar jurusan perniagaan di Universiti Malaya, peluangnya cerah untuk dipilih sebagai calon, lebih – lebih lagi seorang pelajar yang sering menjadi pelajar terbaik seperti Johan. Niatnya hanya satu, ingin menyenangkan hidup keluarganya!
            Johan meneruskan perjalanannya semula. Entahkan bagaimana, baru dua tiga tapak berjalan, dia terdengar deruman enjin motorsikal begitu hampir dengannya diikuti dengan suara perempuan menjerit.
            “Jaga – jaga!!”
            Mahu gugur jantungnya apabila motorsikal yang dinaiki oleh dua perempuan muda hampir – hampir saja melanggarnya. Mujur pembawanya sempat menekan brek jika tidak pasti dia bakal terlantar di hospital!
            Pembonceng dan pembawa motosikal tadi tersadai di bahu jalan. Mujur tidak dihempap motorsikal yang dibawanya, alamatnya kecederaan yang mereka alami pasti agak parah.
            “Aduh!!”
            Zulaikha yang terduduk di jalanan segera bangun daripada jatuhnya. Dikebas – kebas debu dan kotoran yang melekat di pakaian. Kemudian dibelek – belek pula lengannya. Clear! Nasib calar sikit je! Baru dia teringat pada Maria yang naik motorsikal bersama – sama dengannya tadi. Sekilas pandang sahaja, dia melihat Johan yang sudah pun di sisi Maria yang mengaduh kesakitan.
            “Maria! Are you okay?”
            Terkocoh – kocoh dia mendapatkan Maria. Johan cuba untuk membantu Maria bangun. Penuh berhati – hati Johan memimpin Maria yang berusaha untuk berjalan. Sebaik terpandang Zulaikha, tawanya terburai. Bulat mata Zulaikha memandang Johan.
            “Kau rupanya Zu! Aku ingatkan siapa la tadi yang bawak motor macam ketam.” Sempat Johan menyakat Zulaikha, rakan sekampungnya itu. Zulaikha yang disindir oleh Johan mencebik.
            “Aku pun ingat siapa la mamat yang jalan macam siput tadi. Kau rupanya Johan. Kalau aku tahu tadi awal – awal lagi aku langgar je kau.” Seraya Zulaikha. Sudah lama tidak bersua muka dengan rakan sekampungnya itu. Selepas habis sekolah menengah, sudah jarang Zulaikha bertemu Johan yang jarang – jarang balik.
            Maria yang dipimpin Johan terkulat – kulat mendengar perbualan mereka berdua. Lagaknya seperti mereka terlupa seketika tentang Maria yang sudah terseliuh kaki itu. Johan yang masih menggenggam tangannya ketika membantunya untuk bangun sudah mulai rasa tidak selesa dipegang begitu lama – lama. Lebih – lebih lagi lelaki itu tidak dikenalinya.
            “Ehem!” Maria berdehem.
            Zulaikha yang begitu teruja berjumpa sahabat lamanya itu terlupa tentang insiden yang menimpa mereka tadi. Baik Maria, juga motorsikal bapanya! Johan yang masih memegang tangan Maria tersedar akan perbuatannya. Cepat – cepat dia melepaskan tangan Maria daripada genggaman tangan. Dia termalu sendiri. Wajah Maria yang putih melepak itu juga sudah mulai memerah. Zulaikha sudah tersenyum – senyum melihat lagat Johan dan Maria yang malu – malu dengan insiden tadi. Maria yang cuba memecah suasana, memulakan mukadimahnya.
            “Zulaikha, jom balik!”
            Maria segera mendekati Zulaikha. Ditariknya lengan rakannya itu. Zulaikha hanya menurut. Hampir terlupa dia pada motosikalnya yang sudah terhumban di dalam semak – samun.
            “Alamak! Motor aku! Eh bukan, motor bapak aku! Mati la…”
            Cepat sahaja Zulaikha berpatah balik. Johan yang baru sahaja mengutip beg pakaian yang ditinggalkannya di tepi jalan kerana ingin membantu Maria sebentar tadi, menggeleng kepala melihat perangai Zulaikha yang tidak pernah berubah itu. Cepat saja gelabahnya datang jika ada sesuatu yang dia terlupa. Pasti baru teringat tentang motorsikal yang sudah tercampak di dalam semak – samun. Zulaikha… Zulaikha… Kasihan melihat rakannya itu, sekali lagi dia menghulurkan bantuan.
            Zulaikha terkial – kial cuba mengangkat motorsikal yang terbaring di dalam semak – samun. Apalah sangat kudrat seorang gadis, lebih – lebih lagi jika mempunyai badan yang sekeping seperti Zulaikha. Maria yang terhencut – hencut jalannya cuba membantu.
            Johan melepaskan semula beg pakaiannya dan berjalan menuju ke arah kedua – dua gadis itu. Mudah saja Johan membangunkan semula motosikal yang terbaring tadi. Pemegang motorsikal itu sudah senget sedikit. Begitu juga rantainya yang sudah terbarai. Berkerut – kerut dahi Zulaikha melihat keadaan motosikal bapanya. Habislah… mesti kena ceramah free dengan ayah!
Johan menolak motorsikal Zulaikha kembali ke atas jalan. Kasihan melihat Zulaikha dan Maria, dia menawar diri untuk membantu. Johan meletakkan beg pakaiannya di dalam bakul motorsikal, kemudian dituntunnya motosikal itu. Zulaikha dan Maria berjalan mendahului Johan, agak perlahan pergerakannya kerana kaki Maria yang terseliuh.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Zulaikha, Johan sempat mencuri pandang kearah Maria. Hatinya tertawan dengan kejelitaan wajah Maria. Terasa tidak sabar pula mahu “menyoal siasat” Zulaikha tentang gadis barat itu. Pada pandangannya, Maria tidak seperti gadis – gadis barat yang lain. Perwatakannya lebih lemah lembut dan bersifat ketimuran, lebih – lebih lagi dengan penampilan gadis itu yang berbaju kurung.
            Setibanya di rumah Zulaikha, Johan meminta izin daripada kedua – dua gadis itu untuk beredar. Lagipun, sudah tentu  ibunya sedang menanti kepulangannya. Tidak sempat dia bertemu ibu Zulaikha yang juga merupakan kakak saudara kepada ibunya. Esok – esok dia akan bertandang lagi di rumah itu kerana hatinya sudah mula terpaut pada gadis barat yang belum diketahui namanya! 

Monday, September 17, 2012

Novel bersiri: Takdirku Hanyalah Untukmu (Bab 12)


BAB 12

Nek Jah yang sedang memberi makan ayam di halaman rumah ditambat dengan perasaan gembira apabila melihat kemunculan Johan. Alangkah rindunya hati pada si anak yang sudah berbulan – bulan meninggalkan tanah air. Terus diletakkan bekas dedak ayam di atas tangga beranda untuk mendapatkan anak lelakinya itu. Johan segera mencium tangan ibunya. Menitis air mata seorang ibu terharu dengan kepulangan Johan.
            Johan menyambut huluran salam daripada ibunya. Dikucup lembut tangan wanita tua itu. Sedikit terkilan kerana sudah sekian lama tidak pulang ke kampung melihat orang tuanya. Walhal, ketika masih berada di Kuala Lumpur juga begitu. Kerana rajuk semalam, keluarga menjadi mangsa keadaan.
            “Mak apa khabar?”
       “Sihat nak, Alhamdulillah… Mari naik Johan.” Pelawa Nek Jah. Kegembiraan jelas terpamer di wajahnya.
Johan mengekori langkah  ibunya. Johan melangkah dengan penuh berhati – hati menaiki tangga kayu rumah itu. Setiba di ruang tamu, dipandangnya sekeliling. Masih sama seperti dahulu, getus hatinya. 
            “Beg kamu tu letak dulu dalam bilik. Rehat – rehat la dulu sementara mak siapkan hidangan petang. Bilik kamu tu pun tak ada sesiapa pun yang duduk. Masih macam tu dari dulu Johan.”
            Johan menarik bagasinya menuju ke bilik yang suatu ketika dulu pernah dihuninya. Diperhatikan segenap ruang bilik itu. Tiada apa yang berubah. Hanya cadar katil saja yang diganti baru. Imbauan kenangan dahulu menggamit kembali namun cepat saja dia tersedar. Nafasnya dihela perlahan. Tercari – cari akan anak perempuannya.
            “Ayah dengan Areen mana mak?” Matanya masih memerhatikan sekeliling. Setelah meletakkan bagasinya di dalam bilik, cepat sahaja dia ke dapur menemani ibunya membuat air.
“Petang – petang macam ni selalunya ayah ke baruh. Tengok pekerja dia petik sayuran yang dah matang. Sebab esok pagi – pagi pemborong dah datang ambil.” Terang Nek Jah. Tangannya masih lincah membuat air kopi dan menggoreng pisang yang dibawa pulang oleh Tok Karim semalam.
            “Areen?”
            “Ikut ayah kamu ke baruh. Nak ambil angin petang katanya. Dah dua hari terperap dalam bilik, hari ni sibuk nak ikut ke kebun. Mak bebelkan pun bukan nak dengar, Johan. Padahal bukan sihat sangat budak tu. Ayah kamu tu pun ikutkan je kehendak dia.”
Nek Jah mengangkat pisang yang sudah digoreng garing ke dalam tapis supaya lebihan minyak pada pisang itu dapat ditoskan. Kemudian, pisang – pisang yang sudah dibelah dua awal – awal lagi dicelup di dalam tepung gorengan dan dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak panas.   
Kopi panas yang sudah siap dihidang di atas meja makan dituang di dalam cawan. Berkepul – kepul asap yang keluar dari corong teko tersebut. Johan menyisip perlahan kopi tersebut. Aroma harum yang dihasilkan oleh kopi tersebut memikat hati Johan. Sudah agak lama tidak merasai kopi itu. 
Baginya, kisaran kopi buatan sendiri Pak Kassim di mana ia adalah resepi turun – temurun keluarganya yang berniaga kedai runcit di kampung tersebut tiada tandingan. Bapanya memang menggemari kopi buatan Pak Kassim sejak dia kecil lagi dan boleh dikatakan menjadi penggemar setia kopi tersebut sehingga sekarang.
Pisang yang sudah separuh digoreng oleh Nek Jah yang diletakkan di atas meja bersama – sama kopi tadi diambil satu dan disuakan ke dalam mulut. Kepuasan menikmati hidangan petang itu begitu dirasai. Jika di bandar, jarang benar dia dapat meluangkan masa seperti ini. Lebih – lebih lagi setelah dipindahkan ke Melbourne. Peluang sedemikian langsung tidak diperolehi.
Jam dinding di dapur dikerling. Jarum jam sudah menunjukkan dekat pukul 6 petang. Tok Karim dan Irina masih belum pulang. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan anaknya itu.
Selang beberapa minit, bunyi deruman enjin kereta jelas kedengaran menghampiri laman rumah. Pasti ayah dan anaknya sudah pulang!
Irina yang membimbit beberapa beg plastik berisi pelbagai sayuran segera ke dapur untuk memberinya kepada Nek Jah. Saat salam diberi, dia terkedu mendengar suara lelaki yang cukup dikenalinya. Papa!
Beg plastik yang dibimbit tadi terlepas daripada tangannya. Tok Karim yang baru muncul di dapur sudah mengagak puncanya. Seperti tiada apa – apa yang berlaku, Tok Karim menghampiri Johan. Lekas saja Johan bangkit mendapatkan ayahnya. Tangan Tok Karim disalam dan dicium. Irina pula masih tercegat di depan pintu masuk.
“Areen, kenapa tercegat kat situ? Papa kamu balik ni. Tak nak salam ke?” tingkah Tok Karim.
 Johan yang melihat reaksi dingin Irina langsung tidak berkata – kata. Lidahnya kelu untuk menegur anaknya. Sedar dirinya yang mengabaikan tugas sebagai seorang bapa yang baik untuk Irina. Johan cuba untuk mengambil hati anaknya itu.
“Areen, papa dah balik sayang… Mari dekat papa.” Johan cuba mendekati Irina. Rindunya pada si anak semakin terasa.
Irina masih tidak berganjak. Hatinya seolah disiat – siat apabila melihat bapanya pulang secara tiba – tiba. Langsung tidak dikhabarkan berita kepulangan tersebut.
“Buat apa papa balik? Papa penipu! Papa tipu Areen selama ni! Apa lagi yang papa nak sembunyikan dari Areen?!” Tersentak Johan melihat Irina yang naik darah secara tiba –tiba.
“Irina! Apa Areen merepek ni? Papa Irina baru balik tu. Kenapa cakap yang bukan – bukan?” agak keras suara Tok Karim. Dia tidak mahu Irina bersikap kurang ajar dengan bapanya sendiri. Meskipun dia tahu Johan pernah membuat silap.
 Irina bungkam. Emosinya mula menguasai diri. Terasa dengan teguran Tok Wannya. Sakit hati melihat papanya yang dimenangkan. Dia terus berlari masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Berdentum bunyinya. Johan terkelu. 


Johan duduk berteleku di anjung rumah. Gelap malam dan suasana sepi menggamit kalbunya. Seusai bersolat Isyak tadi, sengaja dia menghabiskan masanya duduk – duduk di situ. Irina langsung tidak mahu bercakap dengannya sejak petang tadi. Rajuknya masih bersisa.
Semasa makan malam tadi, puas dipujuk untuk makan bersama oleh Nek Jah. Itupun langsung tidak dipedulikan teguran Johan. Selesai sahaja makan, terus dia berkurung di dalam bilik. Hiba hatinya melihat layanan Irina pada dirinya.
“Apa yang dimenungkan tu, Johan?”
            Bahu Johan ditepuk perlahan oleh Tok Karim. Johan yang sedang duduk di muka pintu mengensot sedikit kedudukannya untuk memberi ruang kepada Tok Karim. Melihat perbuatan Johan, tahulah dia yang anaknya itu memberi ruang untuknya duduk bersama – sama.  
            Johan masih lagi berdiam diri. Sekadar melayan  perasaan sendiri. Tok Karim yang melihat Johan tidak bercakap memulakan mukadimahnya.
            “Jangan ambil hati dengan sikap Areen tu Johan. Ayah pun terkejut dia boleh memberontak sampai begitu sekali. Sejak dia tinggal di sini jarang benar dia meluahkan isi hati dia. Semuanya dipendam sendiri.”
            “Johan yang salah ayah. Tak dapat bahagiakan anak sendiri.” Ada sebak di sebalik kata – katanya itu.
            “Ayah tak mahu campur tangan urusan hal rumah tangga kamu, Johan. Tapi janganlah  kisah lama tu diingat kembali. Yang penting sekarang hal Areen. Dia masih muda. Perlukan sokongan daripada orang tuanya.”
            “Johan tahu ayah. Tapi Johan kesal sebab sampai sekarang Johan tak dapat jejaki Maria. Ibu kandung Areen. Areen dah makin remaja, saya tak dapat sorok perkara tu lagi.” nada suaranya semakin mengendur. Betapa perit hatinya mengingati kisah yang lalu.
            “Yang sudah tu sudah lah Johan. Semua itu takdir. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Kamu pujuklah Areen. Dia dah tahu hal sebenarnya. Zulaikha dah ceritakan sedikit sebanyak pasal ibu kandungnya.”
Kenyataan Tok Karim tadi mengejutkan Johan.
“Areen dah tahu?” mukanya diraup. Johan makin bingung. Perlukah dia menceritakan kesemuanya?
Tok Karim mengangguk. Kemudian ditepuk – tepuknya bahu Johan.  
“Berterus – teranglah. Jangan dibiarkan hatinya semakin sakit. Ayah masuk dulu.”
Tok Karim bangun dan masuk ke dalam rumah. Tinggal Johan bersendirian di situ. Dia sedar, dia perlu menerangkan hal sebenar pada anaknya. Selama ini Johan bersikap berdiam diri dan menyembunyikan hal sebenar daripada Irina.
Disangkanya selepas dia berkahwin dengan Karina, dia mampu melupakan kisah silamnya bersama Maria. Cukuplah sekadar Irina tahu yang Karina adalah mamanya. Sudah diletakkan syarat agar tidak membuka cerita yang dia bukan ibu kandung Irina. Demi cinta, Karina bersetuju menjadi pengganti. Namun, mahligai yang cuba dibina tidak sekukuh mana. Benarlah kata orang, jika hati masih mengikat benda yang lama, hidup baru yang bakal dicipta tidak dapat mengundang bahagia! 

Friday, September 14, 2012

Kek coklat kukus ke?

Hari ni kononnya nak try buat kek coklat moist resepi makcik bagi. Dengan confidentnya main masuk je bahan-bahan yang dah disediakan untuk buat adunan. Before masak nampak macam ok. Lepas dikukus....warghh!!!! Apa dah jadi?? Kek bantat dan hancur jadi cam debu...yang tinggal ada la ketul-ketul yang tak melekat kat loyang. Lepas adjust-adjust sikit boley la cover sikit kek tak jadi tu...heheeheee~~

Ni la rupa kek yang tak berapa nak jadi tu...

Lepas siap je kek tu, terus chatting dengan mak usu (ni la orangnya yang beri resepi kek tu). Rupanya tak cukup syarat....huwaaaa!! Patut la jadi macam ni...isk isk... takpe lah. Lain kali cuba lagi...huhu...

Moral of the story: Kalau dah tau otak tu tak diberikan kelebihan macam scanner sila rajin-rajinkan diri tu salin resepi ye! Kalau tak macam ni la jadinya! ^^




A Doctor In the House - Its all about...


Tengah kemas-kemas barang baru teringat pasal buku ni. One of my favorite book. Cepat-cepat ambil dan snap gambar. Hehe...pakai kamera HP sebab tu nampak tak cantik. Maaf ye! ^^ 

Actually this is one of the book which is I have and it was really good indeed. Belum habis dibaca sebab buku ni sangat tebal. 843 mukasurat! 

It is about our "mantan PM" Tun Dr Mahathir Mohamad, our fourth Prime Minister from 1981 to 2003. Lama kan? Yes, its all about his life in political world and his work as the Prime Minister from the beginning until the end. And what I can say, Tun is so fantastic and incredible person! 

Ni sinopsis yang dicurik dalam buku ni...copy aje...hehe~~

"In his 22 years as Prime Minister of Malaysia, Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the 17th largest trading nation in the world.This remarkable achievement was not without controversy and Dr. Mahathir's extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside Malaysia. He has been described - typically and paradoxically - as a tyrannical dictator, a bete noir, as well as inspiring, courageous and outspoken defender of the downtrodden, the Third World and moderate Islam. At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This autobiography reveals the workings of that extraordinary mind, which has witnessed every major development in Malaysian history from the Second World War and the MacMichael Treaties, to independence, industrialisation and the making of modern Malaysia, culminating in the political and and financial crises of the late 1990s and the challenges of the new millennium.This book reveals hitherto unknown espects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one of its greatest sharpers. It is neither an apology nor a defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how and why Dr Mahathir achieved what he did in so short a time."

So people, this book is worth to buy. Daripada duit korang tabur-tabur dekat benda tak berfaedah lagi baik korang beli buku ni. Dapat jugaklah tambah ilmu pengetahuan kan...

And for Tun, I love u so much lah! ^^

Novel bersiri: Takdirku Hanyalah Untukmu (Bab 11)


BAB 11

Penerbangan dari Lapangan Terbang Tullamarine ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memakan masa selama lapan jam sedikit melesukan tubuh Johan. Dibelek jam Rolex berwarna silver ditangan kirinya. Pukul 7 pagi. Jika di Melbourne, waktu sekarang adalah pukul 9 pagi. Masih awal lagi. Getus hatinya.
Perbezaan jarak masa sebanyak dua jam antara bumi kangroo dan tanah airnya sendiri tidak begitu ketara dirasai. Mungkin juga kerana suasana KLIA yang tidak jauh beza dengan lapangan terbang di sana dan dikelilingi oleh warga asing yang datang melancong ke mari.
Seusai menguruskan pengambilan bagasinya, Johan mencari – cari tempat untuk bersarapan. Sekadar mahu mengalas perut sebelum memulakan perjalanannya semula menuju ke destinasi. Johan memilih Starbucks Coffee yang tidak ramai pengunjung sebagai tempat untuk mengisi perut.
Setelah memesan secawan kopi latte dan dua ketul banana muffin, Johan mencari –cari tempat duduk yang sesuai untuk dia melabuhkan diri. Dia tidak suka tempat yang bingit dan sesak, kerana itulah dia memilih tempat duduk yang agak strategik pada pandangannya. Sementara menunggu pesanan sampai, Johan memerhatikan sekeliling sekadar mencari ketenangan.
Kehidupannya yang sentiasa sibuk dengan kerja menjadikan Johan seorang yang workaholic. Bebanan kerja sebagai General Manager yang sangat dipercayai oleh ketuanya di salah sebuah syarikat antarabangsa termuka memerlukan dirinya bekerja keras untuk memastikan kesemua projek di bawahnya berjalan lancar. Atas usaha kerasnya selama inilah Johan diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat yang bertapak di Melbourne, Australia.
            Perwatakannya sebagai seorang lelaki yang mudah mesra dan periang suatu ketika dahulu berubah seratus peratus semenjak peristiwa yang merobek jiwanya 17 tahun yang lalu.  Mengenangkannya kembali menjadikan hatinya sakit. Sehingga sekarang cintanya pada isteri yang menghilang tidak pernah padam. Pernah dia mencuba untuk menjejaki Maria, namun usahanya gagal.
Perkahwinannya bersama Karina pula bukanlah atas dasar cinta. Dan hidup bersama Karina selama ini seolah – olah mereka hanya sebagai teman sebumbung sahaja.
Karina, setiausaha kepada rakan bisnesnya sememangnya menggilai dirinya sejak pertemuan pertama lagi. Bagi Karina, Johan mempunyai karisma yang boleh membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya. Ditambah pula dengan paras rupa yang menawan dan kedudukan kerjaya yang tinggi, Johan mempunyai pakej lengkap untuk menjadi lelaki idaman para wanita moden.
Pertemuan demi pertemuan ketika berurusan tentang kerja menambahkan lagi peluang Karina untuk mendekati Johan namun sikap dingin Johan terhadapnya menyebabkan Karina sanggup menggunakan cara tidak bermaruah untuk mendapatkan Johan. Semuanya adalah kerana cinta butanya itu. 
Johan dan Karina ditangkap berkhalwat ketika menghadiri salah satu majlis makan  malam pelancaran projek usahasama syarikatnya dan juga syarikat Karina bekerja di salah sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Rancangan Karina berhasil untuk memerangkap Johan yang tidak sedarkan diri kerana terminum air yang sengaja dicampur ubat tidur oleh Karina.
 Sedar sahaja pada keesokan harinya, dia sudah pun terlantar di atas katil hotel bersama – sama Karina. Dan paling menghantuinya apabila mereka diserbu oleh Jabatan Agama Islam. Untuk membersihkan namanya, Johan bersetuju untuk berkahwin dengan Karina atas permintaan keluarga Karina dengan bersyarat.
Berita tentang perkahwinannya dikhabarkan pada keluarga di kampung tanpa mereka mengetahui perkara yang sebenar. Alangkah gembiranya hati sang ibu apabila mengetahui berita tersebut tanpa mengesyaki apa – apa. Disangkanya hati Johan telah terbuka untuk berkahwin semula. Namun hakikatnya itulah titik permulaan dia menjadi seorang lelaki yang dingin dan pendendam!
Lamunannya terhenti apabila pesanannya tadi sampai. Selesai sahaja bersarapan, Johan mengusung bagasinya keluar daripada lapangan terbang itu. Apa yang bermain di kotak fikirannya sekarang adalah anaknya, Irina! 

Wednesday, September 12, 2012

Novel bersiri: Takdirku Hanyalah Untukmu (Bab 10)


BAB 10

Cahaya matahari kian menerik. Rasa tidak selesa dan panas memaksa untuk Harris bangkit dari katil. Mukanya pucat tidak bermaya. Masuk entah kali ke berapa Harris berlari ke bilik air untuk mengeluarkan isi perutnya. Hilang seketika rasa mualnya. Tekaknya terasa perit kerana memuntahkan cecair yang tidak mengandungi sebarang bentuk pepejal.
Memang sejak semalam dia langsung tidak makan. Rasa sakit kepalanya memaksa dia untuk tidur awal. Panadol yang diberi oleh ibunya pun tidak memberi kesan kepadanya. Harris tersandar di bangku meja dapur.
            Puan Saidah yang sedang membasuh pinggan di sinki cepat – cepat menyudahkan bilasannya. Risau melihat keadaan Harris yang tenat. Tidak pernah anaknya demam sebegitu teruk seumur hidupnya.
            “Mama nak bawak ke klinik Harris tak mahu. Ni tengok makin teruk demam tu. Abah balik kerja nanti kita pergi klinik.” Gelas berisi air kosong disuakan kepada Harris. Harris tidak menjawab, hanya menyambut huluran gelas itu daripada ibunya. Perlahan – lahan air kosong itu diteguk, terasa lega sedikit tekaknya yang perit dan berbaur masam tadi.
            “Tak ada apa la ma, mungkin sebab Harris tertelan air sungai semalam masa selamatkan Irina…”
            “Irina? Siapa Irina tu?” dahi Puan Saidah berkerut.
 “Cucu Tok Karim la mama.” Lemah sahaja suara Harris menjawab.
            “Ohh… mama tak ingat nama cucu dia tu. Cantik tak orangnya? Anak mama ni dah jadi hero dia semalam sampai jatuh sakit. Mesti ada peluang nak tackle kan?” sengaja Puan Saidah mengusik anak bujangnya itu.
            “Ish mama ni…dah ada yang cop la mama. Melepas la mama nak berbesan dengan Nek Jah tu…” Harris menyengih.
“Jangan nak merepek. Sudah, mama dah siapkan bubur. Makan dulu. Perut kosong sebab tu muntah air je. Asid perut dah bagi warning tu…” Puan Saidah berseloroh. 
            “Aik, mama dah jadi doktor pulak? Macam tu malas la Harris nak ke klinik, Mama boleh periksa Harris kan?” Harris mengusik ibunya. Bubur yang dihidang oleh ibunya dijamah. Perutnya memang sudah berkeroncong minta diisi.
            “Ada – ada je kamu  ni. Tadi Aizat telefon, Tanya pasal kamu. Mama bagitau dia Harris demam. Petang nanti dia nak datang katanya.” 
            Harris mengangguk perlahan. Terlupa mahu memberitahu  rakan karibnya itu. Sesudah saja dia menghabiskan makanannya, Harris mencuci mangkuk kotornya walaupun dia mempunyai alas an untuk bermanja dengan ibunya. Sudah terbiasa dididik dengan disiplin oleh bapanya, menjadikan Harris seorang yang bertanggungjawab dan ringan tulang.
            Selesai mencuci mangkuk, Harris berbaring pula di atas sofa ruang tamu. Sekadar merehatkan badannya yang masih lemah. Matanya dipejam. Kejadian semalam bermain – main di kotak fikirannya. Apabila dia membayangi wajah mulus milik Irina, hatinya seolah – olah terusik sesuatu. Keayuan dan sifat lemah dalam diri Irina selama ini terserlah ketika dia menyelamatkan gadis itu semalam.
Ketakutan dan keletihan yang dialami oleh gadis itu selepas diselamatkan oleh Harris menyebabkan Irina langsung tidak mahu membuka mata. Pelukannya pada Harris semakin kejap membuatkan Harris tersentak. Gadis itu tidak berhenti – henti menangis di dalam pelukannya. Samada dia tidak sedar atau mahu menghilangkan ketakutannya. Langsung tidak dipedulinya siapakah yang dipeluknya ketika itu. Harris yang terkedu dengan perbuatan spontan Irina tidak bergerak. Hanya membiarkan saja gadis itu meredakan perasaannya. Namun tangisan itu tidak lama kerana akhirnya Irina tidak sedarkan diri di dalam pelukan Harris…  

Novel bersiri: Takdirku Hanyalah Untukmu (Bab 9)


BAB 9

Aizat melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Kebiasaannya, Harris sudah tiba di kelas pada waktu sebegitu. Jangan – jangan dia demam tak?  Deringan loceng menandakan sudah masuk waktu sesi pembelajaran. Dikerlingnya tempat duduk Irina yang kosong.
            “Aizat, mana Harris?” Laila menegurnya.
            “Demam…” Aizat membalas pendek.
            “Aik? Macam janji pulak dengan Irina ek? Takpelah. Abaikan…”
Laila kembali semula ke tempat duduknya. Nampaknya sunyi la kelas hari ni… Laila mengeluh. Tiada mood untuk bercakap banyak hari itu memandangkan lelaki pujaannya tidak hadir ke sekolah…
Nek Jah membuka pintu bilik Irina. Irina masih lena tidur di atas katilnya. Dikerlingnya pada jam dinding. Sudah pukul 10 pagi. Dulang berisi mangkuk bubur dan segelas susu diletakkan di atas meja belajar Irina. Kemudian, Nek Jah menghampiri Irina. Dilekapkan belakang tangan kirinya pada dahi Irina. Panas badan Irina sudah berkurangan. Nek Jah menarik nafas lega.  
            Berita tentang keadaan Irina sudah dimaklumkan kepada Johan malam semalam. Meskipun Johan tinggal berjauhan dengan Irina, dia tetap tanggungjawab anaknya itu. Apa yang menggembirakan Nek Jah, Johan akan pulang bercuti  minggu depan. Langsung tidak diceritakan tentang rahsia yang telah diketahui oleh Irina. Dia tidak mahu tindakannya bercerita tentang perkara itu bakal membuatkan anaknya semakin menjauhi mereka bertiga. 
            Melihat Irina masih tidak sedar, Nek Jah keluar dari bilik tersebut. Sengaja tidak mahu mengganggu lena cucunya itu. Kerja – kerja rumah yang tertangguh segera diselesaikan. Kemudian, Nek Jah ke dapur untuk memasak makanan tengah hari. 
Bahan – bahan masakan di keluarkan daripada peti sejuk. Ketika itu, Tok Karim baru sahaja pulang dari kebunnya. Kerusi meja makan ditarik. Tok Karim duduk menghilangkan lelah. Baki air kopi di atas meja pagi tadi dituang dalam cawan.  
            “Dah kebah demam Areen tu Jah?”
            “Belum lagi bang. Tapi panasnya dah kurang. Tak sampai hati pulak saya nak ganggu tidur dia.”
            Tok Karim mengangguk – angguk tanda faham. Air yang dituang dalam cawan tadi disisip perlahan. Hilang dahaganya setelah separuh hari berada di kebun.
            “Malam tadi saya telefon Johan, beritahu pasal Areen. Katanya nak balik minggu depan.” Ujar Nek Jah.
            “Balik jugak budak bertuah tu. Dah tiga bulan dekat negara orang, langsung tak telefon.” Tok Karim menghela nafasnya. Anak tunggalnya itu sukar difahami isi hatinya!
            “Sibuk katanya bang… tapi kan dia ada masukkan duit tiap – tiap bulan dalam akaun Irina dan kita buat belanja. Ada juga la rasa ikhsan dia pada keluarga. Buatnya dia langsung abaikan tanggungjawab dia pada kita dan Irina tu, awak nak ke?” kata –kata Nek Jah tidak dihiraukan oleh Tok Karim. Malas mahu bertegang urat dengan isterinya itu.
            Seteruk – teruk Johan, kasihnya pada anak tunggalnya itu tetap kukuh. Kasih seorang ibu memang tiada tandingannya walaupun kadangkala hatinya terguris dengan perbuatan si anak. Dia hanya mampu berdoa agar hati Johan kembali lembut dan menerima takdir Ilahi.
Tok Karim yang masih di meja makan hanya memerhatikan isterinya menumis sayur kegemarannya. Bau harum belacan yang ditumis bersama – sama sayur kangkung membuatkan perut Tok Karim berasa lapar.
“Awak dah siap masak ke belum Jah? Saya dah lapar ni…” jelas Tok Karim tidak sabar.
“Eh orang tua ni... baru pukul 11.30 dah lapar? Tu nasi goreng pagi tadi pun masih ada. Awak lapar sangat makan lah dulu nasi goreng tu. Saya tak siap lagi tumis sayur kangkung ni. Kejap lagi siap lah.”
Selesai menumis, Nek Jah memasukkan sayur kangkungnya ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja makan. Melihat Tok Karim yang tidak berganjak daripada meja makan, segera lauk – pauk yang telah dimasak dihidangkan di atas meja. Bertuah betul ada suami macam ni! Tak menyabar!
Silauan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap bilik membuatkan Irina terjaga. Kepalanya terasa pening. Pandangannya yang kabur kembali pulih setelah bersandar agak lama di kepala katil. Jam dinding di biliknya di perhatikan. Sudah pukul 12 tengah hari.
Irina menarik nafas dalam – dalam. Kejadian semalam bermain semula diingatannya. Agak kabur namun dia tahu ada suara lelaki yang memanggilnya sebelum dia pengsan semula. Dia yakin lelaki itulah yang menyelamatkannya daripada terus hanyut di bawa arus sungai. Siapa yang sanggup bertarung nyawa selamatkan aku? Irina malas mahu memikirkannya. Bertambah sakit kepalanya apabila dia cuba mengingati wajah lelaki tersebut. 
            Selimut yang membaluti tubuhnya ditarik dan dilipat. Badannya masih terasa sakit –sakit tetapi digagahkan juga untuk bangkit. Jika terus dimanjakan, tubuhnya akan menjadi lemah. Itu yang dipelajarinya daripada guru sukan di sekolah.
Semasa mahu keluar dari bilik, Irina baru perasan dulang berisi makanan yang ditinggalkan oleh Nek Jah. Diambilnya dulang itu keluar bersama. Mahu dimakan sudah sejuk, Mungkin sudah lama diletakkan di situ oleh Nek Jah.  
Irina menatang dulang yang berada di atas meja belajarnya dengan berhati – hati. Di dapur, Nek Jah dan Tok Karim sedang menjamu makan tengah hari. Kelibat Irina yang menghampiri mereka disedari oleh Nek Jah.
“Dah kurang sakit kepala kamu tu Areen?”
            “Dah tok. Kurang sikit rasanya.” Jawab Irina. Dulang yang ditatangnya diletakkan di atas meja. Nek Jah perasan makanan di dalam dulang itu langsung tidak berusik.
“Kamu tak makan Areen? Duduk, tok ambilkan nasi untuk kamu. Kosong perut tu, tak elok. Lagipun kamu tu tak sihat lagi.”
            “ Aah Areen… makan sekali dengan tok Wan.” Celah Tok Karim. Nek Jah sudah bangun mengambil pinggan kosong untuk Irina.
            “Nak mandi dulu la tok. Melekit rasanya. nak makan pun Areen tengah tak ada selera. Tok, nak tanya sikit. Tok tau ke siapa yang selamatkan Areen semalam?” soal Irina.
            “Aizat dengan Harris. Dia yang hantar kamu sampai ke rumah semalam. Itulah, tok dah banyak kali pesan jangan merayap sampai ke tebing sungai tu. Bahaya! Mujur ada budak berdua tu, kalau tak tok tak tau apa nasib kamu.”
Irina diam. Malas mahu membidas. Sudah tahu memang salahnya. Aizat dengan Harris selamatkan aku? Tapi siapa yang bawa aku keluar daripada sungai tu? Aizat ke? Syukurlah aku selamat… terima kasih ya Allah sebab panjangkan umurku…
Dan di kala itu dia tahu, dia telah berhutang nyawa kepada salah seorang daripada mereka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...