BAB
3
Hari-hari yang berlalu dengan kesibukan pelajaran dan
aktiviti di sekolah menyebabkan Irina tidak sedar sudah tiga minggu dia
menjalankan kehidupan tanpa ibu dan bapanya. Berada di kampung halaman papanya
bersama-sama nenek dan datuknya sedikit sebanyak dapat menenangkan emosinya. Keceriaan
dan kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-duanya menghilangkan rasa sunyi dan
kerinduan Irina terhadap ibu dan bapanya.
Keserasian
tinggal di kampung sudah mulai dirasai. Kedamaian Kampung Dusun Setia
membuatkan jiwanya tenteram dan dapat melupakan seketika masalah yang
dihadapinya. Hembusan bayu angin di waktu petang sebegini begitu mendamaikan
jiwa Irina. Ketika itu Irina sendirian duduk di bangku di bawah pokok rambutan
di halaman rumah milik Tok Karim. Perasaannya terbuai-buai sambil matanya
ditutup rapat. Tiba-tiba… Tukk!!
“
Aduh!!”
Irina
menahan sakit di kepalanya akibat dibaling sebiji rambutan oleh seseorang. Tak
guna! Siapa pulak yang cari pasal dengan aku ni? Matanya melilau melihat
sekeliling. Matanya membulat melihat dua orang lelaki yang sangat dikenalinya.
“Kau!
Apa kau buat dekat sini?” Irina mencekak pinggang menahan marah. Ikutkan hati
mahu saja dia melibas lelaki tersebut yang kini berada di depan matanya.
“Laa…aku
ingat kau nak pengsan tadi sampai
pejam-pejam mata. Jadi aku nak sedarkan kau la. Karang jatuh tersembam atas tanah patah
pulak hidung kau yang tak berapa nak mancung tu.” Harris menjawab seperti orang
tidak bersalah. Aizat yang berada di sebelah Harris hanya mengangkat bahu tanda
tidak mahu masuk campur.
“Baik
kau blah sebelum aku hilang akal. Dah la kau cari pasal dekat rumah aku pulak
tu!” Irina sudah mulai naik darah. Musuhnya yang seorang itu memang sangat
menyakitkan hatinya.
Harris memang terkenal dengan perangainya yang suka
mengusik tetapi sangat mesra dengan kaum Hawa di sekolah mereka. Tapi bagi
Irina perangai Harris begitu menjengkelkan dan menganggap Harris cuma mahu
meraih populariti di sekolah itu sahaja. Mentang-mentang dia merupakan
olahragawan sekolah! Entah bagaimana lelaki sebaik dan sesopan Aizat boleh
menjadi sahabat baik kepada Harris si siamang tu!
“Harris,
kau ni pun satu la. Lain yang disuruh mak kau lain yang kau buat. Cepatlah! Aku
ada kelas mengaji malam ni, mak aku suruh balik cepat. Er, Irina… Tok Karim
mana?”
Aizat cuba mengendurkan perbalahan antara Irina dan
Harris tadi.
“Ada kat dalam rumah. Kenapa?” Irina cuba berbasa
basi. Mujur ada Aizat, kalau tak dah lama aku ganyang mulut kau tu Harris!
“Ayah
Harris ada buat kenduri arwah esok malam. Lepas Isyak. Dia jemput satu keluarga
datang.” Aizat mewakili Harris memandangkan Irina langsung tidak mahu
memperdulikan Harris yang ada di depannya.
“Nanti
saya sampaikan dekat Tok Wan.” Irina berkata dingin. Tidak menunggu lama, dia
berlalu meninggalkan kedua-dua lelaki tersebut dan terus masuk ke dalam rumah.
Dia sebenarnya tidak suka mahu rapat dengan mana-mana
rakan lelaki di dalam kelas mahupun di luar sekolah. Baginya, cukuplah sekadar
teman untuk berdiskusi tentang pelajaran sahaja.
Sikapnya yang dingin dan garang terhadap kaum lelaki
tetapi bersikap pelindung terhadap kaum perempuan di dalam kelasnya menyebabkan
Irina digelar ‘singa betina’.
“Garang gila la minah tu! Tak paham aku…” Harris
meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Kau tu yang suka buat dia marah. Bukan salah dia
pun.” Aizat membela Irina. Bukan dia tidak tahu perangai sahabat baiknya itu
yang suka mengusik Irina.
“Lagi dia marah, lagi aku suka nak kenakan dia.
Hahahaha!!” Harris ketawa sambil diperhatikan oleh Aizat. Aizat hanya
menggelengkan kepala.
“Dah la, kau ni perangai macam budak-budak! Jom balik!
Kalau kena hambat dengan mak kau jangan salahkan aku. Dah petang sangat ni. Aku
nak balik.” Aizat sudah mengayuh basikalnya meninggalkan Harris yang
terkebil-kebil sendirian.
“La…Aizat! Tunggu la aku! Macam mak nenek la dia ni…”
Harris mengomel sendirian.
Kelam kabut Harris mendapatkan basikalnya di tepi
pohon ketapang tidak jauh daripada pokok rambutan di mana tempat Irina beriadah
tadi. Kayuhan basikalnya dipercepatkan menuruti jejak Aizat yang semakin jauh
meninggalkan halaman rumah milik Tok Karim.
No comments:
Post a Comment