BAB
9
Aizat melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam
sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Kebiasaannya, Harris sudah tiba di kelas
pada waktu sebegitu. Jangan – jangan dia demam tak? Deringan loceng menandakan sudah masuk waktu
sesi pembelajaran. Dikerlingnya tempat duduk Irina yang kosong.
“Aizat,
mana Harris?” Laila menegurnya.
“Demam…”
Aizat membalas pendek.
“Aik?
Macam janji pulak dengan Irina ek? Takpelah. Abaikan…”
Laila kembali semula ke tempat duduknya. Nampaknya
sunyi la kelas hari ni… Laila mengeluh. Tiada mood untuk bercakap banyak hari
itu memandangkan lelaki pujaannya tidak hadir ke sekolah…
Nek Jah membuka pintu bilik Irina. Irina masih lena
tidur di atas katilnya. Dikerlingnya pada jam dinding. Sudah pukul 10 pagi.
Dulang berisi mangkuk bubur dan segelas susu diletakkan di atas meja belajar
Irina. Kemudian, Nek Jah menghampiri Irina. Dilekapkan belakang tangan kirinya
pada dahi Irina. Panas badan Irina sudah berkurangan. Nek Jah menarik nafas
lega.
Berita
tentang keadaan Irina sudah dimaklumkan kepada Johan malam semalam. Meskipun
Johan tinggal berjauhan dengan Irina, dia tetap tanggungjawab anaknya itu. Apa
yang menggembirakan Nek Jah, Johan akan pulang bercuti minggu depan. Langsung tidak diceritakan
tentang rahsia yang telah diketahui oleh Irina. Dia tidak mahu tindakannya
bercerita tentang perkara itu bakal membuatkan anaknya semakin menjauhi mereka
bertiga.
Melihat
Irina masih tidak sedar, Nek Jah keluar dari bilik tersebut. Sengaja tidak mahu
mengganggu lena cucunya itu. Kerja – kerja rumah yang tertangguh segera
diselesaikan. Kemudian, Nek Jah ke dapur untuk memasak makanan tengah
hari.
Bahan – bahan masakan di keluarkan daripada peti
sejuk. Ketika itu, Tok Karim baru sahaja pulang dari kebunnya. Kerusi meja
makan ditarik. Tok Karim duduk menghilangkan lelah. Baki air kopi di atas meja
pagi tadi dituang dalam cawan.
“Dah
kebah demam Areen tu Jah?”
“Belum
lagi bang. Tapi panasnya dah kurang. Tak sampai hati pulak saya nak ganggu
tidur dia.”
Tok
Karim mengangguk – angguk tanda faham. Air yang dituang dalam cawan tadi
disisip perlahan. Hilang dahaganya setelah separuh hari berada di kebun.
“Malam
tadi saya telefon Johan, beritahu pasal Areen. Katanya nak balik minggu depan.”
Ujar Nek Jah.
“Balik
jugak budak bertuah tu. Dah tiga bulan dekat negara orang, langsung tak
telefon.” Tok Karim menghela nafasnya. Anak tunggalnya itu sukar difahami isi
hatinya!
“Sibuk
katanya bang… tapi kan dia ada masukkan duit tiap – tiap bulan dalam akaun
Irina dan kita buat belanja. Ada juga la rasa ikhsan dia pada keluarga. Buatnya
dia langsung abaikan tanggungjawab dia pada kita dan Irina tu, awak nak ke?”
kata –kata Nek Jah tidak dihiraukan oleh Tok Karim. Malas mahu bertegang urat
dengan isterinya itu.
Seteruk
– teruk Johan, kasihnya pada anak tunggalnya itu tetap kukuh. Kasih seorang ibu
memang tiada tandingannya walaupun kadangkala hatinya terguris dengan perbuatan
si anak. Dia hanya mampu berdoa agar hati Johan kembali lembut dan menerima
takdir Ilahi.
Tok Karim yang masih di meja makan hanya memerhatikan
isterinya menumis sayur kegemarannya. Bau harum belacan yang ditumis bersama –
sama sayur kangkung membuatkan perut Tok Karim berasa lapar.
“Awak dah siap masak ke belum Jah? Saya dah lapar ni…”
jelas Tok Karim tidak sabar.
“Eh orang tua ni... baru pukul 11.30 dah lapar? Tu
nasi goreng pagi tadi pun masih ada. Awak lapar sangat makan lah dulu nasi
goreng tu. Saya tak siap lagi tumis sayur kangkung ni. Kejap lagi siap lah.”
Selesai menumis, Nek Jah memasukkan sayur kangkungnya
ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas meja makan. Melihat Tok Karim yang
tidak berganjak daripada meja makan, segera lauk – pauk yang telah dimasak
dihidangkan di atas meja. Bertuah betul ada suami macam ni! Tak menyabar!
Silauan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap
bilik membuatkan Irina terjaga. Kepalanya terasa pening. Pandangannya yang
kabur kembali pulih setelah bersandar agak lama di kepala katil. Jam dinding di
biliknya di perhatikan. Sudah pukul 12 tengah hari.
Irina menarik nafas dalam – dalam. Kejadian semalam
bermain semula diingatannya. Agak kabur namun dia tahu ada suara lelaki yang
memanggilnya sebelum dia pengsan semula. Dia yakin lelaki itulah yang
menyelamatkannya daripada terus hanyut di bawa arus sungai. Siapa yang sanggup
bertarung nyawa selamatkan aku? Irina malas mahu memikirkannya. Bertambah sakit
kepalanya apabila dia cuba mengingati wajah lelaki tersebut.
Selimut
yang membaluti tubuhnya ditarik dan dilipat. Badannya masih terasa sakit –sakit
tetapi digagahkan juga untuk bangkit. Jika terus dimanjakan, tubuhnya akan
menjadi lemah. Itu yang dipelajarinya daripada guru sukan di sekolah.
Semasa mahu keluar dari bilik, Irina baru perasan
dulang berisi makanan yang ditinggalkan oleh Nek Jah. Diambilnya dulang itu
keluar bersama. Mahu dimakan sudah sejuk, Mungkin sudah lama diletakkan di situ
oleh Nek Jah.
Irina menatang dulang yang berada di atas meja
belajarnya dengan berhati – hati. Di dapur, Nek Jah dan Tok Karim sedang
menjamu makan tengah hari. Kelibat Irina yang menghampiri mereka disedari oleh
Nek Jah.
“Dah kurang sakit kepala kamu tu Areen?”
“Dah
tok. Kurang sikit rasanya.” Jawab Irina. Dulang yang ditatangnya diletakkan di
atas meja. Nek Jah perasan makanan di dalam dulang itu langsung tidak berusik.
“Kamu tak makan Areen? Duduk, tok ambilkan nasi untuk
kamu. Kosong perut tu, tak elok. Lagipun kamu tu tak sihat lagi.”
“ Aah
Areen… makan sekali dengan tok Wan.” Celah Tok Karim. Nek Jah sudah bangun
mengambil pinggan kosong untuk Irina.
“Nak
mandi dulu la tok. Melekit rasanya. nak makan pun Areen tengah tak ada selera.
Tok, nak tanya sikit. Tok tau ke siapa yang selamatkan Areen semalam?” soal
Irina.
“Aizat
dengan Harris. Dia yang hantar kamu sampai ke rumah semalam. Itulah, tok dah
banyak kali pesan jangan merayap sampai ke tebing sungai tu. Bahaya! Mujur ada
budak berdua tu, kalau tak tok tak tau apa nasib kamu.”
Irina diam. Malas mahu membidas. Sudah tahu memang
salahnya. Aizat dengan Harris selamatkan aku? Tapi siapa yang bawa aku keluar
daripada sungai tu? Aizat ke? Syukurlah aku selamat… terima kasih ya Allah
sebab panjangkan umurku…
Dan di kala itu dia tahu, dia telah berhutang nyawa
kepada salah seorang daripada mereka!
No comments:
Post a Comment