PROLOG
Stamford, United Sates, Oktober 1988…
Rintikan
hujan yang membasahi bumi Stamford hanya dipandang sayu melalui kaca tingkap.
Rindu sang ibu kepada si anak begitu kejap di dalam hati. Namun, rintihan
hatinya tiada siapa yang tahu.
Terngiang –
ngiang lagi suara tangisan kecil si anak yang baru sahaja dilahirkan. Ketika
itu, segala kesakitan yang dialami ketika proses melahirkan anak seakan – akan
hilang sama sekali. Tatkala melihat wajah comel si anak, kasih sayang sebagai
seorang ibu terus meresap ke dalam jiwanya.
Fikirannya melayang mengingati kejadian yang berlaku tidak sampai dua
bulan ketika masih di bumi Malaysia. Seolah – olah apa yang berlaku seperti
mainan di dalam mimpinya.
Kebahagiaan
hidup berkeluarga di samping suami tercinta hanya kekal selama setahun sahaja.
Ketika suami berada di perantauan kerana dihantar berkursus selama seminggu
oleh majikannya, jejaknya dihidu sang bapa. Berita yang dikhabarkan oleh Maria
langsung tidak boleh diterima.
Keputusan Maria
untuk berkahwin dengan lelaki Melayu beragama Islam dan niatnya untuk terus
menetap di Malaysia ditentang habis – habisan oleh Sir Donald Stephen. Namun
demi agama Islam yang telah dianutinya kini dan cintanya pada Johan membuatkan
dirinya nekad.
Walaubagaimanapun, hasratnya untuk menjadi seorang
muslim yang sejati hancur berkecai apabila bapanya muncul di Kampung Dusun
Setia. Kebengisan bapanya teserlah apabila kemahuan bapanya untuk meninggalkan
kehidupannya di kampung itu ditolak mentah – mentah oleh Maria.
Demi maruah
keluarga dan pegangan agama nenek moyangnya, Sir Donald Stephen memaksa Maria
mengikutinya pulang semula ke tanah airnya. Samada dia menurut kata – kata
bapanya atau si anak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman si bapa, dia
perlu membuat keputusan.
Usaha Tok Karim untuk meleraikan kekusutan dan
perbalahan di antara Maria dan si bapa tidak berhasil. Perbatasan bahasa dan
budaya menjadi penghalang pada dirinya untuk campur tangan. Atas nasihat Maria,
Tok Karim terpaksa membiarkan Maria sendirian menguruskan si bapa.
Akhirnya, Maria terpaksa membuat suatu keputusan yang
sukar baginya. Pada hari itu juga kebahagiaan yang dikecapi selama ini
berakhir. Dengan hati yang lara, Maria mengalah dan menurut kemahuan Sir Donald
Stephen.
Zulaikha tiba di rumah itu apabila berita mengenai
Maria dikhabarkan oleh Nek Jah. Secara senyap – senyap Nek Jah menelefon
Zulaikha tanpa pengetahuan Maria. Tanpa menunggu lama Zulaikha berlari ke bilik
mengambil tudungnya. Cepat – cepat dia menyarungkan seliparnya dan berlari
menuju ke rumah Nek Jah. Baginya, iman dan nasib seorang mualaf perlu segera
diselamatkan! Lebih – lebih lagi apabila Johan kini tiada di sisi Maria.
Setibanya di rumah Nek Jah, Sir Donald Stephen yang
masih tidak puas hati bertindak memaki hamun keluarga tersebut. Tok Karim dan
Nek Jah yang tidak faham sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut Sir
Donald Stephen terpaksa mengunci mulut.
Maria yang
berang apabila kedua –dua ibu dan bapa mertuanya di maki hamun oleh bapanya
sendiri menjadikan kemarahan bapanya memuncak. Maria diheret keluar daripada
rumah tersebut. Maria cuba untuk melepaskan diri tapi tidak berdaya.
Zulaikha yang menyaksikan drama tersebut cuba
membantu, namun tenaga seorang lelaki asing yang gagah perawakannya tidak mampu
dilawan.
Tok Karim sudah hilang sabar. Mahu saja lelaki asing
yang kurang ajar itu dikerjakannya namun dibantah oleh Maria. Ujarnya, ini
adalah masalah keluarganya. Dia tidak mahu Tok Karim sekeluarga mendapat susah.
Sebelum meninggalkan rumah itu dan bumi Malaysia buat
kali terakhirnya, sempat dia berbisik sesuatu kepada Zulaikha. Zulaikha
mengangguk –angguk tanda faham. Perpisahan itu tidak diduga, namun amanah yang
dipertanggungjawabkan kepadanya harus ditunaikan. Meleleh air matanya tatkala
sahabat baiknya itu di bawa pergi oleh Sir Donald Stephen. Untuk kali
terakhirnya dia melihat wajah Maria. Dia hanya mampu memandang Maria yang
dipaksa masuk ke dalam kereta yang membawa Sir Donald Stephen ke sini sebelum
ia dipecut laju oleh si pemandu.
Di dalam kereta
yang disewa oleh bapanya, Maria menangis sepuas – puas hati. Tidak sempat
dikucup pipi si anak buat kali terakhir. Begitu juga dengan suami tercinta.
Cintanya musnah sepertimana hancurnya jiwanya sekarang.
Irina Fahreen binti Johan. Nama itu akan terus kekal
di dalam ingatan dan di dalam jiwanya untuk sepanjang hayatnya…
No comments:
Post a Comment