BAB
1
Debaran di dalam hati Irina tiada siapa yang tahu.
Peluh mula merenek di sekitar dahinya. Dia paling tidak suka apabila terdapat
mata-mata yang merenung pada dirinya terutama apabila terpaksa menjadi pak
pacak di hadapan kelas.
Satu
persatu wajah murid-murid di dalam kelas tingkatan Lima Berlian itu dipandang.
Ada apa-apa ke kat muka aku ni? Asal semua tengok aku semacam? Cikgu pulak
macam buat aku tak wujud je kat depan ni. Sibuk ambil kedatangan murid-murid
dalam kelas ni dulu. Irina mengomel sendirian di dalam hati.
“Okey
murid-murid semua…hari ini kamu semua akan dapat tiga lagi rakan baru.
Perkenalkan di…” Cikgu Delila yang mulanya seperti tidak peduli Irina yang
kekok dan tidak senang menjadi pak pacak di hadapan kelas memulakan
mukadimahnya untuk memperkenalkan pelajar-pelajar baru kelas tersebut.
Hah,
tiga orang? Tapi yang berdiri dekat depan ni aku sorang je kot? Irina
tercengang-cengang sendirian.
Beberapa
minit kemudian, dua orang murid lelaki muncul dalam keadaan termengah-mengah.
Seperti dikejar anjing lagaknya. Tidak sempat Cikgu Delila menghabiskan ayatnya
sebentar tadi.
“Hah,
kamu berdua. Kenapa lewat masuk kelas? Cikgu ingatkan kamu lari dari sekolah.
Cepat masuk.” Cikgu Delila bercekak pinggang melihat karenah kedua-dua murid
tersebut.
“Sorry la cikgu, kitorang sesat tadi.
Salah masuk kelas tadi…hehehe…” salah seorang daripada pelajar tadi bersuara
sambil menggaru-garu kepala. Sorang macam perasan macho, yang sorang lagi macam
budak tiga suku…desus Irina dalam hati.
“Tu
la, cikgu suruh kamu berdua ikut cikgu tadi tak mahu. Nak cepat masuk kelas la,
nak itu la, nak ini la…baru hari pertama kamu berdua dah macam-macam.” Cikgu
Delila menggelengkan kepalanya. Sepuluh orang budak macam diorang ni boleh
sakit jiwa aku
“Dah,
perkenalkan diri masing-masing.” Cikgu Delila duduk kembali di meja khasnya.
Siapa
nak mulakan dulu? Kelas sunyi sepi menanti mereka memperkenalkan diri. Satu
minit, dua minit… Masing-masing hanya memandang sama sendiri.
Tiba-tiba
murid lelaki yang berani menjawab pertanyaan Cikgu Delila tadi berdehem. Semua
murid di dalam kelas tersebut tertumpu padanya termasuk Irina. Pehal pulak
mamat ni?
“Oleh sebab yang dua lagi masih malu-malu kucing biar
saya mulakan dulu ye…” cis! Kerek betul mamat ni!
“Nama
saya Mohammad Harris Lutfi bin Hamdan. Asal daripada Johor tapi merupakan
masyarakat nomad di Malaysia. Lebih kurang macam penduduk asli yang suka
berpindah randah tapi saya bukan orang asli la…Cuma orang tulen je…Hehehehe….”
Rakan
yang datang bersama dengan mamat kerek itu tadi menyiku lengan rakannya.
Murid-murid di dalam kelas tersebut tertawa kecil. Kelas mula terhibur dengan
lagak kartun pelajar baru tadi.
“Kau
ni lebih-lebih la…Cikgu suruh perkenalkan diri je bukan suruh bercerita.” Aizat
menegur rakannya, separuh berbisik. Harris buat-buat tidak dengar.
“Em,
nama saya Aizat Fakrullah bin Isa. Berasal daripada Johor juga.” Spontan semua
mata tertumpu pada Irina. Ada juga suara-suara yang menggatal, tetapi terus
senyap apabila Cikgu Delila menjeling. Cikgu Delila memang terkenal dengan
sikap garangnya. Erk? Tu je ke dia cakap? Aduh…
“Er…
nama saya Irina Fahreen binti Johan..”
“Cantik
nama…macam orangnya…” Aizat bersuara perlahan.
Mujur tiada siapa yang dengar. Wajah Irina mula
kemerah-merahan menahan malu. Tidak jadi untuk menyambung kata-katanya.
Bunyi
bingit loceng menandakan sesi kelas Matematik telah tamat. Cikgu Delila bangun
daripada tempat duduknya dan mengemas buku-buku dan beg tangannya.
“Okey
kelas. Masa pun dah tamat. Jais, nanti kamu bawa beberapa orang murid kelas ni
untuk bantu rakan-rakan baru kamu ni cari meja dan kerusi di dalam stor
bangunan ni. Kamu bertiga jumpa saya waktu rehat nanti di bilik guru.”
“Baik cikgu…” serentak Jais, Irina, Aizat dan Harris
menjawab.
Sepeninggalan Cikgu Delila, Jais, ketua kelas
tingkatan Lima Berlian dan beberapa orang yang lain membantu Aizat dan Harris
mengambil kerusi dan meja di bilik stor memandangkan tiada kerusi dan meja
lebih di dalam bilik darjah itu.
Tugas tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pelajar
lelaki. Tawaran untuk membantu mereka ditolak mentah – mentah oleh mereka yang
terlibat dengan alasan Irina adalah perempuan. Irina mengalah. Tak payah susah
– susahkan diri. Untung jadi perempuan… hehe…
Tidak lama selepas pelajar – pelajar lelaki yang
ditugaskan untuk mengambil kerusi dan meja beredar, seorang pelajar perempuan
yang kecil molek menghampiri Irina yang berdiri di belakang kelas. Sempat juga
sebelum ini beberapa orang pelajar perempuan di dalam kelas itu beramah mesra
dengan Irina memandangkan sesi seterusnya tiada guru yang masuk kerana bercuti.
“Irina kan? Nama saya Laila.” Gadis yang bernama Laila
itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
Irina menyambut salam perkenalan gadis berkulit sawo
matang itu. Lesung pipitnya kelihatan apabila dia tersenyum lebar, menampakkan
sebaris gigi yang tersusun rapi. Irina membalas senyuman Laila.
“Irina asal dari negeri mana?”
“Dari Kuala Lumpur.”
“Sebenarnya tempat duduk sebelah meja saya tu tak ada
orang yang duduk. Cikgu Delila mungkin tak perasan tadi. Pelajar yang duduk
sebelah saya tu baru pindah ke tempat lain, ikut keluarga. Baru je dua minggu.
Mungkin Cikgu Delila terlupa. Irina boleh lah duduk di sebelah saya kalau
mahu.” Terang Laila.
Bagai pucuk ulam yang mendatang, Irina mengikut Laila
ke tempat duduk yang dimaksudkan. Kakinya sudah lenguh dan kebas kerana berdiri
di belakang kelas sejak dari tadi. Pelajar lelaki yang menjadi sukarelawan
untuk mengambil kerusi dan meja masih tidak muncul – muncul lagi termasuk dua
pelajar baru yang mengikut sekumpulan pelajar kelas tersebut.
“Irina, kejap ya. Saya nak join kawan – kawan
perempuan saya kat sana sekejap. Sori ya…”
“It’s ok. Hal kecil je. Pergilah.”
“Okay. Ke awak nak join kami? Biasa lah, gosip – gosip
orang perempuan masa cikgu tak ada. Hehehe~~” Laila tersengih.
“Eh, taka pa. Lagipun kaki saya kebas sebab lama
sangat berdiri tadi. Laila pergilah berbual sana. Saya okay je.” Irina menolak
perlawaan Laila dengan lembut, takut dikatakan sombong.
“Oooo… ok!”
Laila berlari – lari mendapatkan kawan – kawannya yang
sudah berkumpul di belakang kelas. Kedudukan meja Laila dan Irina berada di
barisan ketiga dan paling kiri sekali, menyebabkan ia sedikit terpencil
daripada rakan – rakan perempuan yang lain. Ketiadaan Laila memberi ruang untuk
Irina berehat sendirian.
Irina meletakkan beg galasnya di kerusi kosong
tersebut. Lega rasanya dapat melabuhkan punggungnya di atas kerusi setelah
hamper satu jam berdiri. Jari – jemari kakinya yang sedikit kebas digerak –
gerakkan untuk menghilangkan rasa kebas.
Matanya sempat melirik kea rah sekumpulan pelajar
perempuan yang sibuk bergosip. Wajah Laila begitu ceria bersama – sama teman
yang lain berkumpul di sudut hujung kelas.
Waktu senggang yang ada digunakan untuk berborak –
borak bersama rakan – rakan perempuan yang lain. Perempuan memang pantang
berjumpa, ada saja gosip baru yang mahu dikongsi!
Irina hanya melayan perasaan sendiri sambil memerhatikan
pelajar – pelajar perempuan di dalam kelas itu berborak. Kemudian, perhatiannya
dialihkan pada segenap kelas. Pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh pelajar –
pelajar sekelasnya.
Bagi pelajar yang “nerd”, masa sebegini digunakan
untuk menelaah pelajaran. Ada juga pelajar – pelajar lain yang membuat hal
mereka sendiri dan tidak lupa juga ada sekumpulan kecil pelajar lelaki yang
sibuk mengusik pelajar – pelajar perempuan yang beperwatakan ayu dan ala – ala
ratu sekolah. Test market!
Leka memerhati sekeliling, Irina tidak sedar dirinya
diperhatikan seseorang. Kebetulan, pelajar – pelajar lelaki yang ditugaskan
mengambil kerusi dan meja. Langsung tidak disedarinya kerana sedang mengelamun
memerhatikan suasana luar bilik darjah.
“Awak…” Irina tersentak. Pandangannya dialihkan pada
lelaki yang menegurnya. Aizat rupanya…
“Kerusi dan meja awak diorang tanya nak letak mana?”
Aizat menunjuk ke arah pelajar – pelajar lelaki yang sibuk menyusun meja dan
kerusi yang baru diambil, sebaris dengan kedudukan meja Irina, di kedudukan
belakang sekali.
“Sori awak… Laila dah bagi tempat untuk saya. Lepas
awak dengan diorang pergi tadi. Lupa nak bagitau. Lagipun saya tak tau stor tu
dekat mana. Sori sangat – sangat…” Irina sedikit rasa bersalah. Gila, berat kot
meja tu nak angkat sampai tingkat tiga!
“Takpe, nanti saya cakap dekat diorang. Tak ada hal
la, boleh letak kerusi dan meja tu dekat belakang kelas.”
Aizat senyum dan terus beredar, Irina cuma mengangguk.
“Jais! Irina dah dapat tempat duduk la. Kita letak la
kerusi dan meja tu kat belakang kelas. Senang kalau ada aktiviti nanti.” Aizat
memaklumkan kepada Jais, selaku ketua kelas tingkatan Tiga Berlian. Orangnya
berbadan besar dan sedikit gempal. Kali ini Jais pula yang menepuk dahi. Bukan
sebab terkilan tetapi disebabkan dirinya yang pelupa.
“Ya Allah! Aku pun boleh lupa la… tak teringat
langsung yang Linda dah pindah dua minggu lepas. Budak tu pendiam sangat sampai
kitaorang pun tak perasan kalau dia ada ke tidak dalam kelas ni…” Pandangannya
dialihkan ke sekumpulan pelajar perempuan yang sibuk menyembang di belakang
kelas.
“Laila! Asal tak ingatkan aku pasal Linda tadi? Kau ni
pun…” Jais melaung memanggil Laila yang sibuk bergosip. Apabila mendengar
laungan Jais tadi. Laila menyengih dari jauh.
“Sori la Jais! Lupa tadi nak cakap. Takpe la… exercise
sikit pagi – pagi macam ni… hehe~~ korang kan tough belaka semuanya… sori
guys!”
Laila cuba membodek Jais dan rakan – rakan yang lain.
Kemudian, sambung semula berborak dengan rakan – rakan perempuannya. Langsung
tidak diendahkan lagi tentang hal tadi. Irina hanya mampu tergelak melihat
sikap selamba Laila. Jais dan rakan – rakannya yang lain menggeleng kepala.
Sudah masak dengan perangai Laila yang selamba dan ceria. Tapi selamba –
selamba Laila, dia merupakan pelajar top – five ranking di dalam kelasnya!
No comments:
Post a Comment