BAB
13
Kampung Dusun Setia,
Mersing…tahun 1986.
Matahari yang kian menerik memaksa dirinya untuk
berhenti seketika. Beg pakaian yang sarat dengan barang – barang itu
melelahkannya. Johan mengesat peluh yang kian merinik di dahi. Jika bas tambang
yang dinaikinya tadi tidak pancit sudah tentu dia tidak perlu menapak sejauh
ini!
Tamat
sahaja peperiksaan semester akhir, hatinya mendesak – desak ingin pulang ke
kampung. Entah mengapa, dia juga tidak tahu. Yang pasti, rindunya pada kampung
halaman tidak dapat dibendung lagi.
Sebelum
tamat semester lagi, Johan telah merencanakan
masa depannya. Dia telah dipanggil menghadiri temuduga oleh sebuah
syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Sebagai seorang pelajar jurusan perniagaan
di Universiti Malaya, peluangnya cerah untuk dipilih sebagai calon, lebih –
lebih lagi seorang pelajar yang sering menjadi pelajar terbaik seperti Johan.
Niatnya hanya satu, ingin menyenangkan hidup keluarganya!
Johan
meneruskan perjalanannya semula. Entahkan bagaimana, baru dua tiga tapak
berjalan, dia terdengar deruman enjin motorsikal begitu hampir dengannya
diikuti dengan suara perempuan menjerit.
“Jaga
– jaga!!”
Mahu
gugur jantungnya apabila motorsikal yang dinaiki oleh dua perempuan muda hampir
– hampir saja melanggarnya. Mujur pembawanya sempat menekan brek jika tidak
pasti dia bakal terlantar di hospital!
Pembonceng
dan pembawa motosikal tadi tersadai di bahu jalan. Mujur tidak dihempap
motorsikal yang dibawanya, alamatnya kecederaan yang mereka alami pasti agak
parah.
“Aduh!!”
Zulaikha
yang terduduk di jalanan segera bangun daripada jatuhnya. Dikebas – kebas debu
dan kotoran yang melekat di pakaian. Kemudian dibelek – belek pula lengannya.
Clear! Nasib calar sikit je! Baru dia teringat pada Maria yang naik motorsikal
bersama – sama dengannya tadi. Sekilas pandang sahaja, dia melihat Johan yang
sudah pun di sisi Maria yang mengaduh kesakitan.
“Maria!
Are you okay?”
Terkocoh
– kocoh dia mendapatkan Maria. Johan cuba untuk membantu Maria bangun. Penuh
berhati – hati Johan memimpin Maria yang berusaha untuk berjalan. Sebaik
terpandang Zulaikha, tawanya terburai. Bulat mata Zulaikha memandang Johan.
“Kau
rupanya Zu! Aku ingatkan siapa la tadi yang bawak motor macam ketam.” Sempat
Johan menyakat Zulaikha, rakan sekampungnya itu. Zulaikha yang disindir oleh
Johan mencebik.
“Aku
pun ingat siapa la mamat yang jalan macam siput tadi. Kau rupanya Johan. Kalau
aku tahu tadi awal – awal lagi aku langgar je kau.” Seraya Zulaikha. Sudah lama
tidak bersua muka dengan rakan sekampungnya itu. Selepas habis sekolah
menengah, sudah jarang Zulaikha bertemu Johan yang jarang – jarang balik.
Maria
yang dipimpin Johan terkulat – kulat mendengar perbualan mereka berdua.
Lagaknya seperti mereka terlupa seketika tentang Maria yang sudah terseliuh
kaki itu. Johan yang masih menggenggam tangannya ketika membantunya untuk
bangun sudah mulai rasa tidak selesa dipegang begitu lama – lama. Lebih – lebih
lagi lelaki itu tidak dikenalinya.
“Ehem!”
Maria berdehem.
Zulaikha
yang begitu teruja berjumpa sahabat lamanya itu terlupa tentang insiden yang
menimpa mereka tadi. Baik Maria, juga motorsikal bapanya! Johan yang masih
memegang tangan Maria tersedar akan perbuatannya. Cepat – cepat dia melepaskan
tangan Maria daripada genggaman tangan. Dia termalu sendiri. Wajah Maria yang
putih melepak itu juga sudah mulai memerah. Zulaikha sudah tersenyum – senyum
melihat lagat Johan dan Maria yang malu – malu dengan insiden tadi. Maria yang
cuba memecah suasana, memulakan mukadimahnya.
“Zulaikha,
jom balik!”
Maria
segera mendekati Zulaikha. Ditariknya lengan rakannya itu. Zulaikha hanya
menurut. Hampir terlupa dia pada motosikalnya yang sudah terhumban di dalam
semak – samun.
“Alamak!
Motor aku! Eh bukan, motor bapak aku! Mati la…”
Cepat
sahaja Zulaikha berpatah balik. Johan yang baru sahaja mengutip beg pakaian yang
ditinggalkannya di tepi jalan kerana ingin membantu Maria sebentar tadi,
menggeleng kepala melihat perangai Zulaikha yang tidak pernah berubah itu.
Cepat saja gelabahnya datang jika ada sesuatu yang dia terlupa. Pasti baru
teringat tentang motorsikal yang sudah tercampak di dalam semak – samun.
Zulaikha… Zulaikha… Kasihan melihat rakannya itu, sekali lagi dia menghulurkan
bantuan.
Zulaikha
terkial – kial cuba mengangkat motorsikal yang terbaring di dalam semak –
samun. Apalah sangat kudrat seorang gadis, lebih – lebih lagi jika mempunyai
badan yang sekeping seperti Zulaikha. Maria yang terhencut – hencut jalannya
cuba membantu.
Johan
melepaskan semula beg pakaiannya dan berjalan menuju ke arah kedua – dua gadis
itu. Mudah saja Johan membangunkan semula motosikal yang terbaring tadi.
Pemegang motorsikal itu sudah senget sedikit. Begitu juga rantainya yang sudah
terbarai. Berkerut – kerut dahi Zulaikha melihat keadaan motosikal bapanya. Habislah…
mesti kena ceramah free dengan ayah!
Johan menolak motorsikal Zulaikha kembali ke atas
jalan. Kasihan melihat Zulaikha dan Maria, dia menawar diri untuk membantu. Johan
meletakkan beg pakaiannya di dalam bakul motorsikal, kemudian dituntunnya
motosikal itu. Zulaikha dan Maria berjalan mendahului Johan, agak perlahan
pergerakannya kerana kaki Maria yang terseliuh.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Zulaikha, Johan
sempat mencuri pandang kearah Maria. Hatinya tertawan dengan kejelitaan wajah
Maria. Terasa tidak sabar pula mahu “menyoal siasat” Zulaikha tentang gadis
barat itu. Pada pandangannya, Maria tidak seperti gadis – gadis barat yang
lain. Perwatakannya lebih lemah lembut dan bersifat ketimuran, lebih – lebih
lagi dengan penampilan gadis itu yang berbaju kurung.
Setibanya
di rumah Zulaikha, Johan meminta izin daripada kedua – dua gadis itu untuk
beredar. Lagipun, sudah tentu ibunya
sedang menanti kepulangannya. Tidak sempat dia bertemu ibu Zulaikha yang juga
merupakan kakak saudara kepada ibunya. Esok – esok dia akan bertandang lagi di
rumah itu kerana hatinya sudah mula terpaut pada gadis barat yang belum
diketahui namanya!
No comments:
Post a Comment