BAB
14
Seusai bersolat Subuh, Johan turun ke dapur melihat
Nek Jah yang sedang menyiapkan sarapan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi meja
makan sambil leka memerhatikan ibunya memasak. Nek Jah yang melihat Johan awal
– awal pagi lagi sudah ke dapur hairan melihat tingkah anaknya itu.
“Hai
Johan, awal pagi lagi kamu dah ke dapur? Mak pun belum siapkan sarapan ni.”
Selesai
menggoreng nasi, api dapur dipadamkan. Nasi goreng di dalam kuali dipindahkan
ke dalam mangkuk kaca, kemudian ditatang ke meja makan.
“Irina
dah ke sekolah mak?”
“Belum.
Ada lagi tu dalam bilik tengah bersiap.”
Sesudah
itu, Nek Jah membancuh air teh pula. Johan membantu ibunya mengambil pinggan
makan. Niatnya pagi itu ingin menghantar Irina ke sekolah. Mungkin dengan cara
itu dia dapat meredakan rajuk anaknya itu.
Tok
Karim yang baru sahaja pulang dari surau memberi salam. Johan dan Nek Jah
menjawab perlahan. Melihat Johan yang berada di meja makan, Tok Karim turut
menyertai Johan.
“Pagi
lagi kamu dah ke dapur, Johan? Biasanya lepas Subuh kamu tidur balik.” Sela Tok
Karim. Diambilnya cawan dari dulang, kemudian air teh di dalam teko yang
dihidangkan oleh Nek Jah dituang di dalam cawan tadi.
“Saja
ayah. Lama dah tak hirup udara segar kampung macam ni. Selalunya, bagun pagi je
dah berkejar – kejar ke ofis.” Jawab Johan ringkas.
Tok
Karim menyisip sedikit air teh yang dibiarkan suam di dalam cawan tadi. Kemudian, cawan itu
diletakkan semula di dalam piring.
Terbatuk – batuk orang tua itu disebabkan air teh yang masih panas.
“Itulah
kamu, terlalu asyik dengan kerja kamu. Sampai nak balik kampung pun susah
benar.”
“Dah
tanggungjawab kerja ayah. Sekarang ni projek di syarikat tu sedang mencacak
naik. Banyak pula tender yang perlu saya uruskan. Bila sudah ditukarkan di
cawangan luar negeri, makin bertambah pula kerjanya.”
Tok
Karim mengangguk – angguk. Walaupun dia tidak tahu skop kerja Johan, dia tahu anaknya itu
memegang amanah yang besar di syarikat tempat dia bekerja. Jika tidak masakan
begitu payah anaknya itu mahu meninggalkan kerjanya. Jikalau isterinya tidak mengkhabarkan
Irina jatuh sakit, rasanya anaknya itu entah bila dapat menjenguk mereka anak –
beranak di kampung.
Irina
yang sudah siap lengkap berpakaian seragam sekolah melangkah ke dapur. Tidak
diduganya bapanya juga turut menyertai Tok Karim bersarapan. Jika tidak
dipanggil Nek Jah, mahu saja dia terus ke sekolah tanpa bersarapan. Tetapi demi
hormat kepada orang tua, dia menurut. Mahu atau tidak, dia terpaksa duduk
semeja bersarapan dengan bapanya.
Ketika
bersarapan, Irina langsung tidak bersuara. Malas mahu berbaik – baik dengan
bapanya. Entah mengapa, emosinya melebih – lebih pula kali ini. Jika difikirkan
balik, bapanya tidak patut dipersalahkan seratus – peratus. Tetapi demi menjaga
ego, dikeraskan juga hatinya. Johan yang melihat Irina membisu, cuba menegur.
Tok Karim dan Nek Jah tidak mahu masuk campur, sekadar memberi peluang kepada
kedua beranak itu berbaik semula.
“Areen,
nanti papa hantar ke sekolah ya?”
Irina
diam. Tidak menjawab. Nasi goreng yang berbaki di dalam pinggannya cepat –
cepat dihabiskan. Air teh di dalam cawannya turut dihabiskan. Malas mahu
berlama – lama berhadapan dengan bapanya. Selesai sahaja, Irina bangkit dari
kerusi. Pinggan dan cawan kotor dibawa ke sinki untuk dibasuh. Johan cuma
memerhatikan tindak tanduk anaknya. Irina pada luaran sahaja nampak lembut,
tetapi hatinya sekeras besi waja.
“Johan,
ambil kunci kereta ayah ni. Nanti kamu hantar Areen ke sekolah. Areen, jangan nak bantah cakap Tok Wan, kamu tu bukan sihat
sangat nak kayuh basikal ke sekolah. Biar papa kamu hantar.” Tok Karim menyerah
kunci keretanya kepada Johan. Bulat mata Irina mendengar arahan daripada Tok
Karim.
“Tapi
Tok Wan…”
“Jangan
bantah, nanti kalau jadi apa – apa tengah jalan, siapa yang susah? Dengar cakap
Tok Wan. Biar papa kamu je yang hantar.”
Tok Karim memotong kata – kata Irina. Irina merengus. Kata – kata Tok Wan
memang sukar dibantah. Walaupun dia keras kepala, tetapi bila berhadapan dengan
Tok Karim dia akan menurut. Bukan kerana takut tetapi kerana perasaan hormatnya
kepada orang tua itu.
Mahu
atau tidak, Irina mengalah. Dituruti permintaan Tok Karim untuk kali ini. Berat
langkahnya menuju ke kereta. Johan sudah pun keluar menghidupkan enjin kereta terlebih
dahulu. Entah apa mimpi papa pagi – pagi ni nak hantar aku ke sekolah! Irina
membebel sendirian.
Selepas
meletak beg galasnya di tempat duduk belakang, Irina melabuhkan dirinya di
tempat duduk hadapan. Pintu kereta ditutup kemas. Wajahnya sengaja dimasamkan.
Johan yang melihat reaksi Irina hanya membiarkan saja tingkah anaknya itu. Nak
protes la tu! Johan tersenyum sendiri. Mujur Irina tidak melihat. Pandangannya
dibuang ke arah luar tingkap.
Dalam
perjalanan ke sekolah, kedua – dua beranak itu membisu. Radio juga tidak
dihidupkan. Hanya bunyi deruman enjin kereta sahaja sebagai pemecah suasana. Sengaja
kerana Johan cuba mengambil peluang itu untuk berbual dengan Irina.
“Areen
seronok sekolah dekat kampung?” Johan cuba memancing perhatian anaknya.
“Boleh
la…” jawab Irina ringkas.
Mujur
dia nak bersuara! Getus Johan di dalam hati.
“Areen
bila ambil SPM?”
“Lagi
tiga bulan.”
Pandangan Irina masih tidak beralih. Entah apa yang
menarik perhatiannya di luar sana pun dia tidak tahu.
“Lepas SPM kalau Areen nak sambung belajar dekat
Australia papa boleh uruskan. Lagi bagus sebab dekat dengan papa.” Sebenarnya
itulah niatnya pulang ke kampung. Ingin memujuk Irina mengikutnya ke luar
negara. Dia tidak mahu berjauhan dengan anak tunggalnya itu. Cukuplah dahulu
dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa, Kali ini dia ingin menebusnya
kembali.
Irina
diam. Tiada jawapan yang diberi daripada mulut gadis itu. Mungkin terkejut atau
sedang memikirkan pelawaan bapanya. Johan tidak mahu mendesak Irina memberikan
kata putus sekarang. Baginya, dia hanya mahukan gadis itu berfikir dan membuat
keputusan yang terbaik untuk dirinya sendiri.
“Papa
tahu Areen masih marahkan papa… papa minta maaf. Tapi papa nak Areen tahu, papa
sayangkan Areen.” Irina masih juga membisu.
Melihat Irina begitu, Johan menyambung kembali kata – katanya.
“Papa
tak mahu ungkit kisah lama. Jodoh mama dengan papa setakat itu sahaja. Itu
semua takdir…” Johan menarik nafas panjang.
“Mama
bukan ibu kandung Areen kan?” Jawapan Irina membuatkan Johan terkesima. Irina
memandang tajam mata bapanya untuk meminta kepastian. Johan menghela nafasnya
kembali. Sudah agak persoalan itu pasti timbul dari mulut Irina.
Belum sempat Johan mahu menerangkan perkara sebenar,
mereka telah tiba di hadapan sekolah. Masa yang singkat ini tidak sesuai
sekiranya perkara itu dibincangkan. Johan tidak mahu emosi anaknya terganggu
dengan jawapannya.
“Areen,
kita bincang lain kali ok? Sekarang ni papa nak Areen tumpukan dengan pelajaran
dulu. Balik nanti kita bincang lagi.”
“Areen
tak faham kenapa semua orang nak berahsia dengan Areen. Areen tak berhak tau ke
apa yang berlaku sebenarnya? Ke Areen ni bukan anak papa jugak?”
Berdesing telinga Johan apabila Irina berkata begitu.
Entah apa yang merasuk fikiran anaknya ketika itu sehingga sanggup mengeluarkan
kata – kata yang tidak berasas.
“Irina,
stop it! You are my daughter! Kenapa cakap macam tu? Balik nanti kita bincang.
Now, get your bag. Balik nanti papa jemput.” Johan mengawal suaranya supaya
kelihatan tenang. Irina mendengus.
Lekas
saja Irina keluar dari perut kereta itu. Sengaja dia menutup pintu kereta
dengan kuat setelah dia mengambil beg galasnya di tempat duduk belakang. Laju
langkah Irina meninggalkannya tanpa sempat bersalaman. Johan menggeleng kepala
melihat perangai Irina yang cepat naik angin. Selalu sahaja bertindak mengikut
emosi jika ada perkara yang dia tidak berpuas hati. Hilang saja Irina daripada
pandangan, Johan menukar gear kereta dan beransur pergi dari sekolah itu.
Sebaik melangkah kaki di dalam kelas, Irina meletakkan
begnya di atas meja. Kasar sahaja perbuatannya itu. Hatinya masih panas dengan
bapanya. Nafasnya ditarik dalam – dalam. Sedaya upaya dia cuba bertenang. Dia
tidak mahu mencampur adukkan soal sekolah dan masalah peribadinya.
Harris
yang perasan dengan kelakuan Irina tadi cuma memerhati. Laila yang berada di
sebelah Harris tidak putus – putus bercerita itu dan ini. Dia tidak sedar kerlingan Harris pada
Irina. Bunyi deringan loceng sekolah membuatkan Laila berhenti sejenak. Melihat
Harris yang sudah hilang tumpuan, dia membentak.
“Harris!
Eh, dengar ke tidak ni? Penat je la Ila cerita…” bibirnya sengaja dimuncungkan.
“Cik
Laila, udah – udah la tu. Dah nak masuk waktu belajar ni… dah pegi duduk kat
tempat kau. Irina pun dah sampai tu.” Ikutkan hati malas dia mahu mendengar
cerita – cerita Laila. Gadis itu suka bertempek di sisinya. Rimas pula dia
jadinya. Namun perasaan itu tidak diluah demi menjaga hati Laila.
“Yela…
yela…”
Lega
rasanya apabila Laila kembali semula ke tempat duduknya. Bukan dia tidak tahu
sebenarnya Laila cuba mencuri perhatiannya. Sikap mesra semula jadinya pula
menambah peluang Laila untuk terus mendekatinya. Mahu mengelak, mereka sekelas.
Hai, nasib… nasib.
Aizat
dan Jais pula baru muncul di dalam kelas. Waktu pembelajaran sudah setengah jam
bermula. Cikgu Faris, guru subjek Matematik Tambahan memulangkan semula kertas
peperiksaan percubaan yang berlangsung dua minggu lepas. Melihat kelibat kedua
– dua murid tersebut, Cikgu Faris membenarkan mereka masuk.
Pagi – pagi lagi dia dan Jais sudah dipanggil dengan Cikgu
Delila ke bilik guru. Mungkin mahu membincangkan kem motivasi yang bakal
diadakan pada hujung minggu ini. Aizat dan Jais pula menjadi wakil kelas bagi
program tersebut, sebab itulah Aizat bertambah sibuk sekarang dan jarang berada
di kelas jika ada waktu senggang.
Aizat
melabuhkan diri di tempat duduknya. Buku catatannya yang dibawa tadi disimpan
di dalam beg. Kemudian, Aizat mencapai kertas periksanya yang diletakkan oleh
Harris di atas mejanya. Dibelek – beleknya kertas tersebut. Markah yang
diperolehi sedikit melegakannya. Harris yang disebelahnya dipandang.
“Kau
dapat berapa?”
Harris menyengih. Kemudian ditayangkannya markah yang
tercatit di atas kertas periksanya kepada Aizat.
“Terer
gak kau ni. Nasib aku menang…” Aizat menepuk bahu Harris. Harris mencebik
mendengar pengakuan Aizat.
“Eleh,
kau siang malam menghadap buku je memang la result gempak. Nak banding dengan
aku yang jarang – jarang menghadap buku memang la tak boleh lawan. Cuba aku
jadi macam kau si ulat buku, confirm result aku lagi gempak dari kau tau.”
Harris tidak mahu mengalah. Hakikatnya, kedua – dua mereka sememangnya pelajar
pintar di kelas tersebut. Cumanya, Harris yang tidak berapa serius dengan
pelajaran dan sentiasa sibuk dengan sukan menyebabkan keputusan peperiksaan
percubaannya tidak sehebat Aizat. Aizat menjongket bahu. Sempat dia mengerling
Irina yang khusyuk melihat Cikgu Faris yang sedang membincangkan jawapan bagi
kertas peperiksaan percubaan yang sudah mereka perolehi markahnya.
“Tak
nak tanya cik buah hati kau tu ke?” Harris mengusik.
Berubah
air muka Aizat ketika itu. Dicubanya untuk tidak menunjukkan reaksi di depan
Harris. Kertas kosong dikeluarkan untuk menyalin jawapan yang ditulis oleh
salah seorang rakan sekelasnya di papan hijau. Sedar dirinya sudah ketinggalan
jauh. Ini semua gara – gara Harris yang mengacaunya.
Harris yang kebosanan tidak tahu mahu membuat apa.
Malas mahu menyalin. Lebih baik dia menyemak sendiri di rumah. Jika dia
menyalin bulat – bulat, akibatnya dia tidak akan menyemak balik kertas
peperiksaannya. Melihat Aizat yang khusyuk menyalin, perhatiannya dikalih
kehadapan. Cepat sahaja matanya menangkap wajah Irina yang sedang memberikan
tumpuan pada guru yang mengajar. Lama gadis itu diperhatikan. Hatinya terasa
lain macam. Eh dah kenapa aku ni?!
Setelah membayar harga makanan, Irina dan Laila
menatang dulang makanan mereka ke tempat duduk yang disediakan. Suasana hiruk
pikuk di kantin membingitkan telinga Irina. Agak rimas dengan suasana begitu.
Mata mereka melilau – lilau mencari tempat duduk kosong.
“Irina!
Meja kat sana tu kosong la. Jom!” Tidak menunggu lama, laju saja langkah Laila
ke meja sekumpulan lelaki yang sedang leka berborak. Tidak sempat Irina
membantah. Langkahnya dilajukan supaya tidak ketinggalan jauh daripada Laila.
Kebetulan, sekumpulan lelaki di meja itu adalah rakan – rakan sekelas mereka,
termasuk Harris dan Aizat. Laila yang sememangnya selamba itu terus duduk di
ruang kosong bersebelahan dengan Harris. Harris yang leka berbual terkejut
apabila Laila dengan tiba – tiba duduk di sebelahnya. Rakan – rakan lelaki yang
lain juga turut memerhati. Tahu dengan sikap selamba Laila, mereka membiarkan
sahaja. Apatah lagi Laila membawa Irina bersama.
“Kenapa?
Tumpang meja ya korang. Meja lain penuh.” Tingkah Laila. Laila yang melihat
Irina teragak – agak untuk duduk di situ cepat saja menyuruhnya duduk.
Kebetulan, bersebelahan dengan Aizat. Muka Irina sudah merah menahan malu.
“Sori
guys…” Irina sedikit rasa bersalah mengganggu rakan – rakan lelakinya yang
rancak berborak sebelum mereka duduk di situ. Perbualan mereka terhenti apabila
Laila dan Irina datang. Namun, dia tiada pilihan. Masa rehat yang agak singkat
membataskan Irina mencari meja yang lain.
“Eh,
tak apa. Korang makan je. Tak ganggu kitorang pun.” Naim, salah seorang
daripada kumpulan tersebut menjawab. Irina tersenyum. Tidak menunggu lama, mee
hoon sup yang dibelinya tadi dijamah. Laila pula lebih banyak bercakap daripada
menjamah bebola daging dan ikan yang dibelinya. Dibiarkan sahaja Laila yang
menyampuk rakan – rakannya bercakap.
Irina
teringat insiden tiga hari yang lepas. Terlupa mahu mengucapkan terima kasih
kepada Aizat dan Harris yang menyelamatkannya. Sejak insiden itu, Harris juga
kurang mengusiknya. Pelik namun dia lega. Sedikit sebanyak perasaan
menyampahnya pada Harris hilang apatah lagi apabila Harris pernah
menyelamatkannya. Aizat yang berada di sebelahnya mendebarkannya. Irina mencari
masa sesuai untuk menegur Aizat.
“Er…
Aizat.”
Sebaik mendengar suara Irina menyebut namanya,
perhatian Aizat segera beralih kepada Irina. Padahal sememangnya dia mencuri
pandang gadis itu dari tadi. Tetapi kelibat Laila dan rakan – rakannya di situ
membataskannya.
“Terima
kasih pasal insiden hari tu…” Pandangannya beralih pula pada Harris.
“Harris
pun. Terima kasih.” Perlahan sahaja suaranya ketika menyambung bicara. Harris
yang mendengar namanya disebut tersenyum di dalam hati. Dia berpura – pura
tidak dengar. Aizat pula mengangguk – angguk.
“Kebetulan
Irina kitorang nak pergi memancing dekat sana. Ada hikmah rupanya.” Aizat
membalas.
Laila
yang mendengar perbualan Aizat dan Irina tercengang. Tidak diketahuinya
mengenai “insiden” yang disebut oleh Irina sebentar tadi.
“Insiden
apa ni?” Laila menyampuk. Harris yang mencuri dengar perbualan mereka tadi
segera menjawab.
“Irina
jatuh sungai la kelmarin.” Suara Harris separuh berbisik. Tidak mahu rakan –
rakan yang lain mendengarnya. Melihat Irina, dia dapat mengagak gadis itu tidak
mahu menghebohkan insiden tersebut. Laila mengangguk tanda faham. Tetapi
beberapa saat kemudian, matanya mencerlung memandang Irina.
“Hah?
Jatuh sungai? Asal tak bagitau aku, Irina?” Nada suara Laila bertukar cemas. Suaranya
agak kuat. Disangkanya Irina demam biasa – biasa sahaja. Tidak diketahui
puncanya. Irina tidak berkata apa – apa. Matanya membulat mendengar suara Laila
yang nyaring. Tangannya lekas menarik lengan Laila dari situ. Rakan – rakan
yang lain memandang hairan melihat Irina menarik Laila secara tiba – tiba.
Mujur mereka tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Laila sebentar tadi.
Irina
menarik Laila balik ke kelas. Di dalam perjalanan ke kelas, mulut Laila tidak
berhenti menyoal Irina tentang insiden itu.
“Eh
Irina, macamana budak berdua tu boleh tau kau jatuh sungai?”
“Diorang
yang selamatkan aku…”
“Aizat
dengan Harris selamatkan kau? Kau pernah keluar dengan diorang tu ke?” Laila
bersikap serkap jarang. Jika Aizat sahaja tidak mengapa tetapi dia lebih senang
jika Harris tidak terlibat sekali. Laila sudah tidak senang hati, apatah lagi
dia dapat merasakan Harris juga seperti berminat dengan Irina.
“La…
mana aku tahu cik Laila oi… aku pengsan masa diorang selamatkan aku. Itupun aku
dapat tahu daripada Tok. Kalau tak aku pun tak tahu siapa yang selamatkan aku
masa tu. Dan aku tak pernah keluar dengan diorang walaupun kami sekampung.
Please lah… Sudah lah. Aku malas nak cerita pasal hal tu lagi.” Irina agak
rimas di soal seperti itu oleh Laila. Sikap Laila yang suka menjaga tepi kain
orang kadang kala amat merimaskannya.
Laila
senyap apabila Irina sudah berkata begitu. Dia tahu Irina tidak suka disoal
berlebih – lebihan apabila berkaitan hal peribadi. Rakannya itu sedikit pelik.
Tidak pernah mahu bercerita atau meluahkan hal peribadi kepada sesiapa sahaja
walaupun dengan Laila, rakan baiknya sendiri. Hendak mengatakan Irina sombong,
dia peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja cumanya dia tidak suka mengambil
tahu hal – hal peribadi orang lain.
Dalam
diam, Laila rasa tercabar dengan ketenangan dan kecantikan Irina. Menjadi
pujaan ramai pelajar lelaki sudah semestinya. Sentiasa menjadi kebanggaan guru
– guru, Laila berasa iri hati kerana suatu ketika dahulu sebelum kedatangan
Irina dialah orangnya yang sering disebut – sebut!
Hi !!
ReplyDeleteSelamat hari, bagaimana anda semua? Maaf untuk mengganggu anda semua. Saya rasa saya harus berkongsi ini dengan semua orang. Seorang rakan berminat untuk melabur di mana-mana perniagaan yang baik / lumayan yang boleh menghasilkan pulangan yang baik. Saya tidak tahu atau mempunyai apa-apa dalam fikiran, sila mempunyai atau tahu sesiapa sahaja yang ada yang dia boleh melabur atau Rakan dengan. sila balas atau hubungi beliau di: shaungdennis4@hotmail.com untuk perincian apa yang dia perlukan. Anda boleh beritahu dia; Saya memberikan anda hubungannya. Terima kasih.
HALO
ReplyDeleteApakah Anda seorang pengusaha atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, ini adalah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah. Anda tidak harus terus bertanggung jawab secara finansial kepada semua orang, hari ini Anda dapat memutuskan bahwa Anda memiliki kebebasan finansial dan kehidupan yang lebih baik untuk Anda dan keluarga Anda, kami siap memberikan Anda pinjaman apa pun yang Anda butuhkan, Kami akan memberikan Anda. Jangan merasa ingin melihat seseorang sukses secara finansial jika Anda ingin pinjaman Anda ditambahkan ke ekuitas Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.
Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
Whatsapp: +447480724786.
Baccarat 101 - The most important skill in baccarat
ReplyDeleteBaccarat is an art of the game of gambling. It is a 1xbet korean game 인카지노 played by two different types of players: the player's 바카라 사이트 banker and the player's partner.